Wednesday, 23 December 2015

Tips Minda : Tanam Impian Sedalamnya

BERANI BERIMPIAN

Sebut saja tentang impian, macam-macam keinginan hati akan wujud. Kalau boleh nak yang best-best dalam hidup kita kan. Saya percaya semua orang ada impian. Impian berkait rapat dengan niat, hasrat, cita-cita, azam, tekad dan matlamat. Berapa ramai antara kita yang meletak impian setinggi langit dan seluas angkasaraya? Pasti, jawapannya semua orang. Walaupun, hari ini anda hanyalah seorang tukang cuci tandas, penganggur, petani malah bisnesman yang dah berjaya pun masih punya impian lagi.

Sumber : Uncle Google. Dare to dream big, big and big!

Tetapi, sedar tak sebenarnya setiap impian kita ada potensi untuk dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa. Cuma, jalannya mungkin sedikit berbeza dari yang kita jangka. Mungkin cara Allah nak beri juga tidak sama seperti yang kita mahu. Kita minta untuk jadi A tapi Allah bagi laluan B,C,D dulu baru la Dia perkenankan doa kita yang kita minta A tu. Walaupun ambil tempoh masa yang lama. Tidak dapat dalam tempoh yang singkat. Namun, pada akhirnya Allah akan beri juga. Mengikut kehendak dan keizinan-Nya. InsyaAllah.

Sumber : Uncle Google. Jadikan impian satu kenyataan.

Ada satu kisah seorang budak, dia ni memang bersungguh hati sangat nak jadi doktor psikiatrik pada awal usianya 16 tahun. Tapi, Allah tak kabulkan dia ambil medic pun. Malah, pelbagai destinasi kehidupan yang dia harungi. Namun pada hari ini, dia cuma tinggal satu peluang atau satu langkah sahaja lagi untuk melayakkan dirinya bergelar Dr. Dalam masa yang sama Allah hantar orang-orang / individu untuk dia kongsi motivasi dan inspirasi secara langsung dan tidak langsung. 

Hebatkan aturan Allah SWT! Lagi hebat Dia kabulkan setiap permintaan kita tanpa kita sedar dengan cara yang sangat unik. Justeru, percayalah, pada setiap impian yang kita bina. Selebihnya berserah, bertawakal dan yakin kepada Kuasa-Nya. 

Salam Inspirasi semua ;-)

Sumber : Uncle Google. Mimpilah dengan impian yang besar-besar belaka ;-)
wink emoticon

Salam Impian
Ida Hani Ali
23.12.2015

No comments:

Post a Comment