DIARI SURI PROFESIONAL

Assalamualaikum wbt teman-teman.

Saya juga menulis-nulis di sini, http://diarisuriprofesional.blogspot.my/. InsyaAllah, rumah yang ingin saya isikan dengan perkongsian kehidupan dan aktiviti sebagai seorang suri. Dalam tak sedar sudah hampir 3 tahun saya bergelar suri rumah. Terlalu banyak suka dan duka yang dilalui. Malah, jatuh dan bangun yang dihadapi sepanjang kembara menggalas amanah yang berpangkalan di rumah.

Akhirnya, saya sedar. Betapa bertuahnya diri ini, beroleh peluang dan ruang berkhidmat untuk menjaga kebajikan suami dan anak-anak. Yang mana, tak semua isteri mendapat nikmat ini. Allahuakbar! Banyaknya yang patut saya kongsikan dengan khalayak di luar sana. Mungkin, inilah masanya untuk mengorak langkah untuk 'sharing session'. Dengan izin Allah SWT dan restu sang suami.

InsyaAllah. 'Ya Allah Ya Fattah (Allah Maha Pembuka), bukakanlah jalan dan permudahkanlah ia. Amin Ya Rabbal 'Alamin'.

Sahabat kesayangan, sila jemput jenguk-jenguk ya rumah saya ;-) Saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.

Sumber : Uncle Google - Kehidupan seorang suri profesional ;-)

Salam Suri Profesional
Ida Hani Ali
6.11.2015

No comments:

Post a Comment