Siapa sahabat di sini dah terbiasa buat solat sunat Dhuha? Siapa dah buat dengan konsisten? Sila angkat keyboard untuk mengaku ;-) Siapa pula yang baru saja dengar istilah solat sunat Dhuha?
Eh..eh..apa kaitan tajuk nun kat atas tu dengan solat Dhuha? Ada hubung kait ke? Macam pelik kannn...
Betul. Satu waktu dulu, perkataan Dhuha ni selalu juga saya dengar. Tetapi, untuk mengamalkannya jauh sekali dari kehendak hati. Ibarat, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Tahu tetapi tidak pernah nak ambil tahu dari segi tatacara bagaimana untuk ditunaikan dan diamalkan.
Sehinggalah Allah datangkan krisis demi krisis dalam kehidupan sebagai ujian diri. Pelbagai-bagai dugaan datang melanda. Hati jadi tak keruan. Manusia kan memang begitu. Namun, sebenarnya itu kan tanda Allah SWT sayang pada hambaNya. Hadirkan ujian supaya kita kembali kepada Dia. Baiknya Allah pada kita kannn ;-) I Luv Allah SWT ;-)
Sejak itu, Allah SWT ketuk pintu hati saya dengan solat sunat Dhuha. Kisah tahun 2011 yang penuh kenangan. Masa tu buat pun sekadarnya saja. Maklum baru menjinak-jinakkan diri. Kadang terbabas juga. Niat nak istiqamah tu ada. Doa nya tak belajar habis lagi time tu (sebenarnya, tak pernah tau pun ada doa khusus untuk solat sunat Dhuha). Yang saya tau, niat dan solat. Tujuannya adalah untuk tarik macam-macam rezeki. Lain-lain tujuan, langsung tak pernah tau dan tak terlintas pun nak belajar lagi lebih tentang solat Dhuha ni (Subhanallah, rasa jahil!).
Tapi kan,
Bila buat, dah buat. Allahuakbar. MasyaAllah. Nikmatnya memang speechless sangat!!! Siapa yang dah pernah buat memang tau apa rasanya, apa nikmatnya, apa hasilnya. Yang penting, apa kesannya dalam kehidupan harian kita. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang mengilhamkan ilmu Dhuha dan kekuatan untuk melaksanakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. TAHNIAH pada sahabat semua yang dah berjaya menjadinya sebagai rutin harian ;-)
Hakikat sebenarnyanya, memang tak dinafikan bahawa :
'SALAH SATU SENI KUASAI MINDA IALAH DENGAN MENUNAIKAN SOLAT SUNAT DHUHA LILLAHI TA'ALA.'
Ia adalah tentang :
* Apa yang kita fikirkan dalam waktu Dhuha membantu kita untuk fokus.
* Apa yang kita fokuskan dalam minda akan menarik dengan kuat menjadi satu realiti.
* Apa yang ingin ditarik akan diterjemah melalui doa, tawakal dan usaha yang tak pernah henti.
* Mengingatkan kita kepada kuasa yang memberi. Siapa? Pastilah jawapannya Dia, Allah Ar-Razzaq (Allah Maha Pemberi Rezeki).
Begitulah, cerita Dhuha. Buat, Amal, Istiqamah dan anda akan Percaya. Sesungguhnya, dengan izin Allah juga. InsyaAllah.
![]() |
Sumber : Uncle Google. Tenang-tenang berDhuha. |
Jom niat istiqamah solat sunat Dhuha semua ;-)
Salam Dhuha
Ida Hani Ali
22.12.2015
Salam Dhuha
Ida Hani Ali
22.12.2015
No comments:
Post a Comment