Baru-baru Ini saya ada terbaca perkongsian dari Penulis buku 'Pujuklah Hati' iaitu Bonda Nor. Buku terbitan Galeri Ilmu. Perkongsian ini juga pada asalnya adalah dari ibunda beliau yang didengar dari kuliah Ustaz (tidak disebut nama).
![]() |
Sumber : Uncle Google. Pujuklah Hati Demi Ilahi |
.
Katanya, walau seteruk mana kita rasa hidup atau ujian yang sedang kita tempuh. Sebenarnya Allah ada menyediakan keajaiban di sebalik setiap yang berlaku. Yakin dan percaya tu kena tinggi. Macamana?
.
Lalu, tips yang dikongsikan ialah amalkan membaca dan menghayati surah al-Fiil. Surah nya ringkas sahaja. Bercerita tentang bantuan Allah yang datang secara tiba-tiba melalui segerombolan burung Ababil memusnahkan tentera bergajah Abrahah yang ingin menghancurkan Kaabah.
![]() |
Sumber : Uncle Google. Terjemahan Surah al-Fiil (Gajah). |
.
MasyaAllah! Jika dibaca kisah Asbabun Nuzul (sebab-sebab surah itu diturunkan). Lagi terkesan dalam hati. Boleh rujuk Quran terjemahan yang mengandungi kisah-kisah Asbabun Nuzul. Malah, fadhilatnya juga besar. Ia mampu memberi kekuatan semangat yang luar biasa.
.
Cubalah ya teman-teman ;-)
wink emoticon
Salam Semangat
Ida Hani Ali
20.12.2015
No comments:
Post a Comment