Friday, 11 December 2015

Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 10-11.12.2015

Assalamualaikum wbt duhai sahabat jutawan yang dermawan :)

Semalam, ter'miss' rutin harian yang dibuat setiap malam sebelum tidur. Baru sehari terlepas. Buat hati rasa RINDU. Hampir 4 minggu, saya menulis tanpa henti. Ternyata, impaknya. Wowww!!!

Sebelum ni, saya ada nyatakan agar rutin ni dibuat seawal pagi. Kerana, sebelum-sebelum ni biasanya saya buat di atas kertas di dalam buku waktu pagi. Habis buat, buku pun tutup. 

Namun, sejak saya aktifkan semula diri untuk berblog saya jadikan blog sebagai medan untuk saya ekspreskan perasaan itu. Dan entah kenapa, hati berat untuk menuliskannya hanya waktu malam. Alaa, tengah golek-golek melayan perasaan, melayan anak. Maka, feelingnya nak tulis masa ni.

Allahuakbar. Ternyata, gerak hati yang Allah tunjukkan bukanlah satu yang sia-sia. Selama 28 hari saya menulis 'perkara' ini. Terlalu banyak keajaiban yang singgah dalam hidup saya sekeluarga. Ia bagaikan dilayang-layang di depan mata. Speechless nak cerita macamana (saya akan kongsikan sedikit demi sedikit dalam next entry). SEBAK!

Mahukah sahabat, saya kongsikan apa yang telah saya lakukan dengan izin Allah?

'JURNAL SYUKUR'. 

1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat nyawa, nafas dan nadi untuk aku terus hidup atas muka bumi-Mu ini hingga hari ini.

2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat hati yang tak pernah luput untuk ingat pada-Mu dan andai aku lalai, Engkau sudi ingatkan ku.

3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kasih sayang berkeluarga yang Engkau titipkan antara kami anak beranak.

4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat mendapat respon dalam tempoh hanya 24 jam dari trainer penulisan ku berkenaan proposal buku yang ke 3.

5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat membuat lawatan ke Madrasah Tahfiz Jawahir Al-Ulum untuk projek bisnes air syifa' bermula minggu hadapan.

6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat idea yang melimpah ruah untuk next projek buku berasaskan Madrasah tersebut.

7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat detikan hati untuk menjadi seorang pencinta al-Quran.

Inilah gaya skrip yang saya buat setiap malam. Nampak sangat mudah kan? Dan kalau belum pernah buat, memang akan tertanya. 'Apa yang menarik?'. Kerana, saya juga dulu begitu. Tetapi, bila dah buat, jadi ketagih setiap hari. Dan, kita akan nikmati keajaibannya. Dengan izin Allah SWT.

Sebenarnya, saya dapat bandingkan impaknya antara menulis pagi atau malam. Sebab apa? Dengan ilmu Allah, Allah izinkan saya untuk rasainya. Benar, ia memberi kesan yang sangat signifikan. InsyaAllah, next entry saya akan ceritakan dengan lebih lanjut lagi.

Alhamdulillah, syukur Ya Syakur. Sesungguhnya, segala yang baik datang dari Allah SWT, dan yang kurang baik itu datangnya dari kelemahan diri saya yang faqir. Astaghfirullahhal 'azim.

Selamat malam kekasih Allah semua :)

Putera syurgaku, kerana kalian aku ingin jadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur hingga noktah terakhir nyawa ku :)


Salam Syukur
Ida Hani Ali
11.12.2015

1 comment:

  1. Saya pun dah tulis jurnal kesyukuran hampir 4 tahun. Banyak kebaikan pada diri bila tulis dan rekodkan

    ReplyDelete