Sunday, 13 December 2015

Apa Khabar Iman Hari Ini!

Kawan-kawan,

Kalau kita jumpa rakan-rakan lama, kita selalu tanya. 'Eh ko apa khabar?'. Pernah tak, terfikir untuk tanya khabar iman sendiri? Baik ke, sihat ke?

Barangkali, sebab itulah Allah turunkan macam-macam ujian dalam setiap detik kehidupan kita. Semata-mata nak tanya khabar berita keimanan kita kepada Dia Yang Esa.

Sungguh, ujian datang tanpa sia-sia. Bukan sekadar menduga rasa. Tetapi, ingin menyapa, apa khabarnya iman di dada? Supaya manusia terus tunduk dan patuh sebagai hamba-Nya.

Sumber : Uncle Google
            
Bersyukurlah andai saat ini anda sedang diuji. Kerana, Allah ingin kirimkan sesuatu buat akal dan hati. Sungguh, Dia Maha Mengetahui.

Assalamualaikum wbt sahabat positif. Semoga urusan kalian terus produktif. Amin ya Allah!

Salam Keimanan
Ida Hani Ali
13.12.2015

No comments:

Post a Comment