Friday, 4 December 2015

Tips Minda : Berjuang Dan Berkorban

Teman,

Mungkin hari ini kita berkorban dengan melepaskan apa jua yang diidam-idamkan oleh hati. Ia mungkin cita-cita, impian dan matlamat. Atau mungkin juga keinginan dan kehendak yang terpendam.

Itulah realiti satu perjuangan.

Tidak semua yang menjadi kemahuan itu dapat direalitikan seiring dengan keperluan. Mana yang perlu, lebih layak mendapat keutaman. Jauh berbanding keinginan hati.

Bertabahlah duhai hati! Kerana banyak hati yang perlu diletak prioriti.

Tetapi, yakinlah bahawa satu hari nanti kita akan dapat apa yang diidamkan dengan cara yang lebih unik. Ya, melalui jalan yang tidak pernah di duga dengan cara tersendiri.

Sungguh, aturan Allah SWT itu tersangat indah. Dia Maha Mendengar suara hati hamba-Nya.

Gantunglah harapan hanya pada-Nya.

Sumber : Uncle Google
             
Salam Inspirasi
Ida Hani Ali
4.12.2015

No comments:

Post a Comment