Apa khabar mood beberapa hari ni? Walaupun, tulisan jurnal syukur tak menentu insyaAllah tetap diusahakan agar hari-hari yang dilalui menjadi lebih lengkap dengan menulis senarai-senarai kesyukuran. Semoga kekuatan itu mendapat izin dari Ilahi.
![]() |
Sumber : Uncle Google. Syukur-syukur selalu ;-) |
1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat nyawa yang masih Engkau pinjamkan hingga saat ini.
2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat degupan jantung yang sihat membolehkannya mengepam nafas.
3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat denyutan nadi bahawa aku masih hidup.
4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat tangan yang menaip untuk menulis-nulis di blog ini, di FB, di atas kertas.
5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat mata untuk membaca Quran dan terjemahan serta buku-buku ilmiah.
6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat mulut untuk makan, mengunyah dan bercakap-cakap.
7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat hari lahir abah pada 22.12.2015, panjangkan usia abah dalam kesihatan, kebaikan dan ketaatan perintah-Mu. Limpahkan rezeki abah dan berkati hidupnya hingga ke syurga Firdaus-Mu.
Amin Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.
Salam Syukur
Ida Hani Ali
23.12.2015
No comments:
Post a Comment