Syukur-syukur selalu ;-)
- Bersyukur kepada Allah dengan mengucapkan terima kasih kepada manusia lain. Allah Ya Wahhab Ya Razzaq yang menghantar makhluk tersebut. Dan orang itu hanya asbab rezeki. Syukur selalu. Alhamdulillah Ya Syakur.
- Ya Allah, rezekikan kami dengan rasa syukur atas setiap satu kurniaanMu yang tidak bertepi dan tidak terbatas. Masukkan kami dalam golongan yang sentiasa bersyukur kepada-Mu. Amin. Alhamdulillah Ya Syakur.
- Allah beri rezeki dalam pelbagai bentuk. Bermacam cara. Syukuri. Rasai. Nikmati. Dan beri. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak Allah bagi lagi dan lagi.
- Motivasi dan Inspirasi terus dari Allah SWT,
"Maka
ingatlah kepadaKu, nescaya akan Aku ingat kepadaMu (Aku limpahkan rahmat dan
keampunan kepadamu). Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar
kepadaKu."
(Al-Baqarah
2 : 152)
* Agaknya hari ni, berapa banyak syukur
kita nak persembahkan kepada Dia?
* Hidup ini ajaib andai
kita terus bersyukur.
![]() |
Sumber : Uncle Google |
Salam Syukur
Ida Hani Ali
17.12.2015
No comments:
Post a Comment