Sunday, 6 December 2015

Tips Minda : Bersyukur Dan Terus Bersyukur

Teman-teman,

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.

Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Bersyukur atas nafas yang masih kita miliki.

Bersyukur atas keluarga penyayang yang mengelilingi diri.

Bersyukur atas pekerjaan / perniagaan yang kita usahakan.

Bersyukur atas kesihatan yang berpanjangan.

Bersyukur atas rahmat dan nikmat Ilahi yang tak pernah putus.

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara.

Bersyukur di jauhkan dari sifat riyak, takabbur dan sombong dengan apa yang kita miliki. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yang Maha Esa.

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur. 

Syukur selalu. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

               Sumber : Uncle Google

Sekadar renungan buat kita bersama. Selamat malam yang indah :)

Salam Syukur
Ida Hani Ali
6.12.2015

No comments:

Post a Comment