Bismillahirrahmanirrahim.
Allah Ya Qawiy Ya 'Aziz Ya Matin (Maha Kuat, Maha Teguh).
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wasalam.
Izinkan saya bertanya,
Ada sesiapa rasa mukanya macam kusam semacam?
Nak petua muka
berseri-seri?
Mahu wajah bercahaya bak bulan purnama yang sedang mengambang?
Mohon ampun ... ini bukan iklan barangan kecantikan ya. Hehe.
Cuma petuanya ialah rajin-rajin bangun
tengah malam. Jaga solat tahajud. Konsisten buat walau dua rakaat. Kemudian
bermunajatlah berlama-lama dengan-Nya.
Sebabnya salah satu fadhilat (kelebihan) mengerjakan solat
tahajud ialah akan terzahir nur takwa pada wajahnya. Ketika di dunia lagi dan
juga apabila dibangkitkan dari alam kubur.
Segala macam produk kosmetik dan supplemen itu hanya bonus
saja. Pokok utamanya amalkan yang ini. InsyaAllah, pasti mujarab.
Beruntungnya jadi insan pilihan Allah swt. Dapat bangkit daripada lena dan buang saja selimut atau gebar yang enak itu.
Jom, siapa yang tak nak cantik
kan! Semua nak cantik bersinar-sinar dan mulus tulus wajah serta hati. Amin.

Salam Tahajud
Ida Hani Ali
5.3.2017
No comments:
Post a Comment