Tuesday, 22 December 2015

Rezeki Berguru Dan Menggali Ilmu

Kisah yang dilalui pada 31 Oktober 2015 (Sabtu) di Bangi Gateway. Bengkel W.A.H.M. (work at home mom) online yang dianjurkan oleh Puan Khairunnisa Hamzah.  

Sumber : Galeri sendiri. Bengkel yang membuka minda tentang dunia seorang W.A.H.M. ;-)

Ilmu itu perlu dicari. Maka, pergilah berguru untuk mengorek ilmu dengan lebih dalam lagi. Alhamdulillah terima kasih Allah SWT. Bersyukur kerana Allah beri peluang dan ruang menuntut dengan Sifu WAHM (work at home mom), Puan Khairunnisa Hamzah.

Ternyata, betapa luas rezeki Allah SWT, Allah Ar-Razzaq yang tak terjangkau dek akal fikiran kita sebagai manusia yang faqir. Bukanlah bermakna bila kita bergelar suri rumah, hanya duduk terperosok di dapur dan bergelut dengan anak-anak. Tidak sama sekali.

Namun, kecanggihan teknologi masa kini yang serba serbi moden membolehkan suri-suri menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja. Bermula dengan modal diri sendiri iaitu keinginan, kehendak, kemahuan dan tekad yang tinggi. Justeru, tetapkan niat, matlamat dan gilap bakat. InsyaAllah, rezeki sentiasa melekat-lekat. Dengan izin-Nya jua. 
smile emoticon
Sungguh saya terkesan dengan 16 'key point' yang dikongsi oleh Puan Sifu. Ditambah lagi perkongsian dan pencerahan ilmu BMC (Business Model Canvas) serta sedikit tips bagaimana untuk bergelar 'artis' yang mendapat perhatian banyak pihak.
 smile emoticon
Namun, perlu diingat agar memegang kunci yang paling penting. iaitu utamakan Allah, dahulukan keperluan keluarga, insyaAllah dipermudahkan segala kerja dan cita-cita. Rezeki akan masuk menderu-deru dengan hanya menggunakan teknik menyeru dan merayu yang betul. Benarlah bahawa rezeki itu lebuh mudah dijemput berbanding dicari-cari.

Terima kasih Puan Sifu dan sahabat-sahabat yang memeriahkan kelas. Semoga Allah deraskan rezeki kalian dengan rahmat dan kasih sayang-Nya tanpa henti-henti. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

** Fridge magnet yang comel mengingatkan suri bahawa apa jua tugasan yang dibuatkan jujurnya Lillahi Ta'ala. Salam kejayaan buat semua di luar sana.

** Sebenarnya, ada kisah di sebalik lagi best sebelum saya hadir ke kelas ni. Nanti saya ceritakan ya. Ia tentang 'magisnya sebuah kuasa minda'. Haa, gitu ;-)

** Ingin mengikuti tips-tips Suri Profesional? Boleh layari di sini www.diarisuriprofesional.blogspot.my. Semoga beroleh ilmu yang bermanfaat. 

Salam Inspirasi
Ida Hani Ali
22.12.2015




 smile emoticon

No comments:

Post a Comment