Sunday, 20 December 2015

Menjamu Mata

Bila scroll naik turun news feed di Facebook, selalu sangat jumpa iklan tudung, jubah dan blouse. Haa boleh ralit juga kalau tangan dah berhenti. Belek satu persatu. Mula dah tu kan nafsu membuak-buak...

Sumber : Uncle Google. Iklan jubah yang cun melecun ;-)
.
Ini baru iklan dalam online. Kalau offline, semua dah depan mata. Semua mudah disentuh dek hujung jari. Silap hari bulan, semua nak dicuba. Semuanya teringin. Tak ke naya namanya tu.

Sumber : Uncle Google. Iklan shawl yang macam-macam boleh menggugat iman ;-)
.
Habis terbuang!
.
Bukan setakat wang ringgit. Masa pun boleh jadi hangit. Beringat-ingat sikit, duniawi semua tu cik adik..
.
Berpada-pada sudah lah ya teman-teman. Duit berlebih, selayaknya untuk pelaburan. Pelaburan dunia cemerlang, pelaburan akhirat lagi lumayan.
.
Tapi, kadang tu boleh pula terfikir-fikir.
.
'Best juga kalau join jual tudung, jubah, blouse ni? Macam best je. Macam syok je. Macam masyuk je.'
.
'Haa? Ada minat ke nak jual?' Eh eh eh, mana pula la datangnya suara halus ni???
.
Kalau saya jual, ada yang nak melanggan tak? Support la saya sikit kannn hehehe
.
Baiklah. Sudah sudah lah berangan-angan, berfikir-fikir itu ini. Sambung zikir ada juga yang tercatat di bahu kanan tu. Itulah yang temankan kita di negeri Sana nanti. InsyaAllah.
.
Ok. Suara halus yang ni, suka! Comey banget lah ;-)
.
Salam Zikrullah
Ida Hani Ali
20.12.2015

No comments:

Post a Comment