Tuesday, 10 November 2015

Syukur Selalu Untuk Melatih Fokus Minda

Assalamualaikum wbt dan selamat petang yang bahagia teman-teman ;-)

Alhamdulillah syukur atas nikmat hari ini. Tetapi, cukupkah jika kita hanya sekadar mengucapkan bait kata 'Alhamdulillah' sebagai tanda rasa kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa? Terlalu banyak nikmat yang Allah SWT kurniakan tanpa perlu kita meminta-minta.

Misalnya, kita tak akan dapat bernafas selagi mana kita tak request daripada Dia, Maha Pemberi. Kalaulah, Allah hanya akan beri oksigen bila kita cakap 'Ya Allah, berilah aku oksigen sebab aku nak bernafas.' Barulah Allah beri. Masa itu, barulah kita rasa sangat-sangat bersyukur tahap maksima (itu pun, kalau faham erti kesyukuran yang paling dalam).

Bayangkan pula, kalau setiap kali kita minta apa-apapun, Allah suruh bayar dulu? Haaa..mampu ke mampu nak bayar??? Mohon untuk tenung, renung dan fikirkan bahawasanya betapa Allah sangat-sangat baik. Dia cukupkan segala keperluan kita tanpa perlu kita mengisi borang permohonan. Allahu Rabbi!

Lantas, bersyukur bersyukur dan teruslah bersyukur wahai teman-teman. Alhamdulillahirabbil'alamin (segala puji-pujian hanya milik Allah, Tuhan semesta alam). 

Syukur yang disebut-sebut di mulut tu boleh sampai ke hati ke? Tersentuh tak jiwa andai sebut tanpa penghayatan? Tak kan..Itulah peri pentingnya 'Kuasa Menulis'. Tulis dan senaraikan seluruh kesyukuran kita setiap hari. Ia di namakan 'JURNAL SYUKUR'.

Mensyukuri nikmat yang ada adalah lebih utama berbanding asyik memohon yang tak kunjung tiba. Nikmat disyukuri, Allah pasti akan tambah lagi, lagi dan lagi. Itu janji Allah. Janji Allah benar-benar belaka.  

Sebagai contoh, skrip untuk JURNAL SYUKUR :

1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kehidupan yang Kau berikan kepada ku sehingga saat ini 10.11.2015.

2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat gas oksigen yang aku sedut dan gas karbon dioksida yang aku hembus.

3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat aku masih sihat wal'afiat dan cergas serta cerdas sehingga seluruh anggota badanku dapat berfungi dengan baik sekali.

4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat makan dan minum yang sempurna yang membuatkan aku bertenaga untuk beribadah dan bekerja kerana-Mu.

5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat rumah kediaman yang sangat selesa untuk aku berteduh melepaskan penat lelah, beristirehat dan beribadat.

6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kenderaan yang cukup baik dan berkemudahan untuk aku bergerak ke sana ke mari.

7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat keluarga yang ceria dan bahagia sebagai penyejuk mata.

Nah, JURNAL SYUKUR seperti ini mesti ditulis setiap hari dan sebaik-baiknya buat di awal pagi. Ini sekadar contoh yang umum. Seharusnya, ia ditulis dengan penuh perincian dari hati. Ditulis dan dibaca berulang-ulang kali untuk menaikkan emosi kesyukuran kepada Maha Pemberi nikmat.

Nanti, kita tulis lagi details ya untuk menterjemah RASA SYUKUR dan tanda TERIMA KASIH KITA KEPADA ALLAH ;-)

Ini merupakan latihan MINDA untuk membantu kita belajar FOKUS. Bila MINDA FOKUS SYUKUR, REZEKI SUBUR, HIDUP PUN MAKMUR! Secara tak langsung, kita berlatih macamana untuk menguasai minda kita hanya dengan menggunakan perkataan 'SYUKUR'.

Fikirkan Syukur
Rasakan Syukur
Cakap Syukur
Tindakan kita akan melambangkan erti Syukur yang sebenar ;-)

Sumber : Uncle Google - Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah ;-)

*** Buat tau JURNAL SYUKUR! Syukur-syukur selalu..

Salam Syukur
Ida Hani Ali
10.11.2015      



No comments:

Post a Comment