Saturday, 19 December 2015

Tanam Impian iPhone 6s

Status yang dimuat naik di Facebook pada 16 Disember lepas.
Ternyata 4s saya masih meragam lagi. Semalam macam dah ok dah wassap (sebab sebelum ni wassap macam corrupt saja). Hari ni satu badan terus merajuk pulak. Hai, 3 tahun setengah bersama. Banyak tercoret suka, duka dan lara.
.
Dengannya juga saya kenal erti berniaga. Habiskan study Masters. Ia adalah hadiah dari suami syurga. Bersempena melahirkan cahayamata pertama. Ah sebuah penghargaan peribadi. Tengok sajalah, Faizin pun dah nak masuk 4 tahun.

Sumber : Uncle Google. Aku merinduimu...ting tong...ting tong ;-)
.
Adakah sudah sampai masanya? Aduh! Benda duniawi. Namun, jika ada niat untuk uhkrawi. Mengapa tidak? Semoga Allah perkenankan hajat di hati. InsyaAllah Amin.
.
Mood : Berangan-angan yang 4s tu tetiba jadi 6s dalam sekelip mata! Aduh, syok betul ;-) Buat masa sekarang, terpaksa rajinkan on laptop untuk buat kerja. Kalau tak, memang rutin menaip guna 4s tu sajalah huhu
.
Opppsssss, cun nya awek kat bawah ni ;-)

Sumber : Uncle Google. Aku sudah jatuh cinta...ding dong bell ;-)



'Ya Allah, redhai niatku ini. Bawalah ia sepenuh kebaikan dalam setiap satu urusan dan langkahku. Amin Ya Rabbal 'Alamin.'



Salam Impian
Ida Hani Ali
19.12.2015

No comments:

Post a Comment