Coretan hati Ida Hani Ali
- Hati kita terasa kosong bukan tiada Allah di sisi. Tetapi, hati jadi kosong bila kita sendiri tidak meletakkan Allah dalam hati. Percayalah, Allah sentiasa bersama walau apapun situasi yang kita hadapi.
- Al-Fatihah buat kesayangan semua. Hadiah terindah dan termahal di subuh hari yang hening. Ya Allah, ganjari kami semua dengan nikmat-nikmat Syurga FirdausMu. Amin Ya Allah.
- Kunci kejayaan yang paling utama ialah solat yang penuh khusyuk. Ditunaikan kerana Allah Ta'ala.
- Badan yang letih, ubat paling mujarab di abad ini...
Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 34x
Baca dan lelap mata!
- Resepi masakan yang paling sedap adalah masak dengan penuh cinta dan kasih sayang!
Rencahnya :
Mulakan dengan basmalah (Bismillah).
Sudahi dengan hamdalah (Alhamdulillah).
Selang-seli dengan zikir dan selawat.
- Dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat. Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Pastinya, tiada kesusahan tiadalah ganjaran.
- Mendoakan orang lain sama ada yang masih hidup atau yang dah mati, insyaAllah doa tersebut mengalir sampai kepada yang di doakan. Boleh juga, sedekahkan ayat-ayat Quran atau amal kebajikan dengan niat supaya orang tersebut beroleh kebaikan. Kita doakan orang, insyaAllah para Malaikat turut mendoakan untuk kebaikan kita. Selayaknya, Allah yang memberi seluruh pahala, ganjaran dan kebaikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
- Pada setiap kejadian. Pada setiap kesusahan. Dan juga setiap kesenangan. Ada tanda-tanda kebesaran, keagungan dan kekuasaan Allah SWT yang perlu difikirkan. Bagi mereka yang ingin memikirkannya. Masya-Allah.
- Jom pasang niat. Kalau saya terjaga, saya kejut awak. Kalau awak terjaga, awak kejut saya. Semoga Allah redhai usaha kita. Amin Ya Rabbal Alamin. Selamat malam cinta hati ;-)
- Ibu ubat segala ubat. Ubat terhebat sepanjang hayat. Sematkan ini sebagai kata azimat.
Cukuplah Allah bagiku..
Sebaik-baik Pelindung..
Sebaik-baik Penjaga..
Sebaik-baik Penolong..
Hanya Allah.
Cukup Satu.
Noktah.
![]() |
Sumber : Uncle Google |
Salam Tarbiah
Ida Hani Ali
17.12.2015
No comments:
Post a Comment