Semalam (maghrib ke isyak), hari yang sungguh bertuah. Mendengar suara secara 'live' dari Penulis buku bestseller Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman dan juga buku bestseller Bersyukur Saat Diuji di sebuah masjid di sini.
.
![]() |
Sumber : Uncle Google. Buku Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman oleh Prof Kamil Sumber : Uncle Google. Buku Bersyukur Saat Diuji oleh Prof Kamil ![]() |
.
Dan pada hemat saya, semua buku hasil tangan beliau adalah bestseller. Bukan setakat bestseller tetapi bestseller evergreen. Sebab apa saya berkata begitu? Kerana, apabila membacanya ia memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan saya.
.
.
Benar. Beliau bukanlah seorang Ustaz berkelayakan dari Mesir, Jordan apatah lagi dari Madinah. Beliau hanyalah seorang Profesor Akaun Universiti. Namun, bila kisah yang ditulis adalah hasil perkongsian dari pengalaman hidup. Itulah yang menjadikannya 'mahal'.
.
.
Pengalaman setiap individu itu berbeza. Ya, semua orang mengakuinya. Kerana laluan perjalanan hidup yang tidak sama lah ia berhak diceritakan dan dibukukan sebagai novel kehidupan.
.
.
Selagi mana ia dalam konteks patuh syariat dan membuatkan kita serta orang lain semakin dekat kepada Sang Pencipta. Mengapa tidak diusahakan ke arah itu? Semoga ia menjadi ilmu yang bermanfaat dan menjadi sedekah amal jariah. Buat bekal kita ke alam abadi.
.
.
Percayalah. Ilmu yang secalit ibarat 'dot pen' di atas kertas itulah yang apabila orang lain membacanya dan menjadi amalan seterusnya disebarkan pula hingga tujuh keturunan. Itulah yang bakal menjadi saksi kita di akhirat kelak. InsyaAllah dengan izin-Nya jua.
.
.
Sungguh, sambil mendengar beliau berkata-kata di atas pentas. Hati kecil saya turut membisikkan kata-kata. Ada sesuatu yang mesti ditinggalkan di atas muka bumi ini sebelum diri meninggalkan pergi dari dunia yang sementara.
.
.
Berkobar-kobar rasa hati. Walaupun, tidak dapat bersua muka dengan isteri beliau (kerana tidak dapat hadir), Puan Roza Roslan. Mungkin ada pertemuan lain yang Allah ingin aturkan. InsyaAllah.
.
.
.
.
* Feeling-feeling : untuk bergerak pantas siapkan manuskrip atas proposal yang telah dihantar. Sekalinya sifu penulisan memberi cadangan untuk saya menghantarnya di bawah penerbitan yang sama dengan penceramah di atas, Galeri Ilmu. Tak apa, kita berangan dulu ya teman-teman. Semoga mimpi jadi nyata. Amin ;-)
Salam Aura
Ida Hani Ali
19.12.2015 wink emoticon
No comments:
Post a Comment