Seminggu tidak menulis di 'laman ini'. Rindu datang bertamu. Menjengah diri dan mencengkam sanubari.
Hakikatnya, pulang bercuti bertemu famili. Menghabiskan hari-hari terakhir di hujung tahun 2015.
Sungguh, heaven nya duduk di kampung.
Sawah hijau terbentang luas. Langit biru tersergam indah. Udara pagi menghembus lembut. Angin malam yang kedinginan.
Suasana yang cukup mengasyikkan jiwa. Terbuai rasa dan buat diri terhanyut seketika.
Sesiapa sahaja pasti tertawan. Anak-anak kecil pun faham. Apatah lagi kita yang dewasa. Sering menghadap kesibukan hidup di kota.
MasyaAllah. Cukup indah bukan? Segalanya ciptaan Dia Yang Maha Kuasa.
Seminggu di kampung, mengutip aura yang menenangkan hati.

Buat bekal untuk pulang ke teratak sendiri.
Berbahagialah hati. Nikmat Tuhan mana lagi yang ingin didustai?
smile emoticon
Salam Damai
Berbahagialah hati. Nikmat Tuhan mana lagi yang ingin didustai?
smile emoticon
![]() |
Sumber : Galeri Sendiri. Permainya kampungku yang biru menghijau ;-) |
Ida Hani Ali
31.12.2015
No comments:
Post a Comment