Suka sangat nak berkongsi sedikit tips pembuka rezeki. (Ingat, bila sebut rezeki tak semestinya dalam bentuk duit.
Rezeki boleh datang dalam macam-macam bentuk dan rupa). Sesungguhnya, bila dapat rezeki kena ingat banyak-banyak pada Yang Maha Pemberi Rezeki, Allah ar-Razzaq.
Moleknya, tips ni diamalkan waktu pagi-pagi (boleh mulakan esok bagi sesiapa yang belum amalkan. Niatkanlah bersempena tahun baru 2016 insyaAllah). Berikut ada 4 tips pembuka rezeki.
InsyaAllah, apa jua yang kita hadapi, Allah bukakan jalan kehidupan yang mudah dan lancar. Amin.
.
.
.
1. Baca surah al-Fatihah (7x dengan niat sedekah untuk insan-insan kesayangan)
2. Baca surah al-Fath (ayat 1-5, 3x)
3. Baca selawat Fatih (3x)
4. Zikirkan Ya Allah Ya Fattah (33x)
.
.
.
1. Baca surah al-Fatihah (7x dengan niat sedekah untuk insan-insan kesayangan)
2. Baca surah al-Fath (ayat 1-5, 3x)
3. Baca selawat Fatih (3x)
4. Zikirkan Ya Allah Ya Fattah (33x)
Amalkanlah masa tengah bersiap-siap nak
pergi kerja / tengah uruskan keperluan keluarga. Pakai baju. Bersarapan. Start enjin kereta. Perjalanan ke tempat kerja. Sehingga sampai ke
destinasi.
InsyaAllah. Dengan izin
Allah. Semua aktiviti yang kita usahakan hari itu, Allah uruskan sehabis mudah.
Baiklah, saya lanjutkan sedikit amalan tersebut. Moga-moga ia menjadi limu yang sangat bermanfaat buat kita semua ;-)
TIPS 1 : Surah Al-Fatihah
* Al-Fatihah (Pembukaan)
dan juga digelar Ummul Kitab (Ibu Kitab bagi Quran).
* Selalu dengar, sedekahkan
al-Fatihah untuk mereka yang tersayang. Sejauh mana kita amalkan? Kerap mana
kita buat? Konsisten atau tak setiap pagi? Selepas menunaikan solat?
* Jika dibaca surah yang
dah jadi kelaziman ni (sebab tiap rakaat solat, wajib baca), sejauh mana kita
faham dan hayati terjemahannya?
Jom mulai hari ni, kita
perkemas bacaan al-Fatihah kita. InsyaAllah ada bonus menanti dari Dia.
![]() |
Sumber : Uncle Google. Bacaan al-Fatihah dan terjemahannya. |
TIPS 2 : Surah al-Fath (ayat
1-5)
Berikut terjemahan surah
al-Fath. Baca dan hayati terjemahannya. Sungguh, Allah sebaik-baik Penolong.
Hanya kepadaNya kita mohon pertolongan.
Jom tadabbur bersama-sama terjemahannya.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
1] Sesungguhnya Kami telah
memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.
2] Supaya Allah memberi
ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta
menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus.
3] Dan supaya Allah
menolongmu dengan pertolongan yang banyak.
4] Dia lah yang telah
menurunkan
ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
5] Supaya Dia memasukkan
orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi
kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang
besar di sisi Allah.
![]() |
Sumber : Uncle Google. Bacaan surah al-Fath ayat 1-5. |
TIPS 3 : Selawat Fatih
InsyaAllah amalkan 3x minimum
(buat lebih, lagi bagus sebenarnya).
--> Allah janji akan beri
pertolongan, insyaAllah berkat selawat ke atas junjungan Nabi SAW beroleh
rahmat dari Allah, Dia bagi tepat pada masanya. Allah tidak pernah menyalahi
janji-Nya..
![]() |
Sumber : Uncle Google. Selawat Fatih sebagai highway meraih perhatian Allah. |
TIPS 4 : Ya Fattah
Zikirkan 'Ya Allah Ya
Fattah' (33x). Maksudnya, Allah Maha Pembuka.
Kalau dapat lebih, itu satu
bonus. Yang penting, amalkan secara konsisten.
![]() |
Sumber : Uncle Google. Allah Ya Fattah (Maha Pembuka). |
Jom kita buat dengan penuh istiqamah. Buat setiap pagi setiap hari. Usahakan niat kerana Allah. InsyaAllah keajaiban sentiasa dihidangkan di depan mata kita. Semoga menjadi ilmu bermanfaat dan selamat beramal duhai teman kesayangan ;-)
Sekian.
Salam Rezeki
Ida Hani Ali
31.12.2015