Bismillahirrahmanirrahim
Allahu Al-Qawiy (Maha Kuat)
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala alihi Muhammad
"Kita tak mampu buat apa-apa tanpa izin dari Sang
Pencipta. Seluruhnya milik Allah."
Manusia dicipta dengan sifat yang lemah. Sangat lemah. Bayangkan
nak kerdip mata pun dikawal oleh si Dia, Allahul Khaliq.
Maka, tidak mustahillah tenaga, semangat, daya kekuatan
kita selalu sangat up and down tak
menentu hala.
Serius. Bukan boleh istiqamah sentiasa statik berada di
puncak. Tambah lagi, kalau dah keluar rasa marah,
membebel, geram. Aduh memang
stress betul!
Astaghfirullahhal 'azim. Istighfar berkali-kali. Kita
bukan maksum. Kita tak pernah bersih daripada dosa. Nabi SAW pernah mengingatkan bahawa setiap anak Adam itu pendosa.
Dengan ingatkan diri tentang perihal ini merupakan salah satu cara kita kembali ke pangkal jalan.
Ditambah dengan ambil wudhuk dan solat sunat dua rakaat (terpulanglah solat sunat apa sekalipun).
Lagi cara, amalkan selalu teknik syukur. Syukur pada
Allah ya Syakur. Syukur pada manusia lain dengan ucap terima kasih.
Buat jurnal kesyukuran setiap hari (pagi / malam).
Tulislah panjang mana pun rasa kesyukuran itu.
Kalau rasa nak mengomel, merungut saja..cepat-cepat ambil
jurnal tu dan tulis apa yang patut kita syukuri dengan perkara yang kita nak
rungutkan.
- Contoh : Anak makan minum sampai bersepah rumah.
- Solusi : Ya Allah, terima kasih atas nikmat anak yang sihat boleh makan dan minum dengan sempurna. Terima kasih Allah. Alhamdulillah.
- Tindakan : Tulis atau lintaskan dalam hati. Baru pergi pada anak dan cakap baik-baik (tapi bertegas). Sebut salahnya dan terangkan sebab akibatnya.

InsyaAllah, Allah bantu kita jadi kuat. Ayuh kita usahakan dan lihat
hasilnya. Banyak positif yang kita perolehi, berbanding yang negatif. Kita cuba ya, moga Allah redha!
Salam Kekuatan
Ida Hani Ali
13.2.2017
No comments:
Post a Comment