Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahi Rabbil Alamin,
syukur Allahu Ya Syakur. Segala puji-pujian selayaknya hanya bagi Allah SWT.
Banyaknya nikmat kurniaan-Nya yang terbentang luas di depan mata.
Berbulan-bulan segmen Jurnal
Kesyukuran menyepi diri. Sungguh, ada hati yang kerinduan. Ada jiwa yang
dipagut rasa bersalah di lubuk yang dalam. Malam ini serasa ingin melepaskan
rindu dan dendam.
Ya Allah, betapa daku mensyukuri setiap
detik yang Kau anugerahkan. Betapa hebatnya percaturan Kau dalam mengatur hidup
seorang musafir jalanan. Allah ya Allah, hanya kepada Engkau, daku layak
persembahkan rasa kehambaan.
11. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat hidup hingga saat ini.
22. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat ilmu, Iman, amal dan takwa.
33. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat sihat untuk beribadat kepada-Mu.
44. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat keluarga yang aman bahagia.
55. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat rezeki yang tak putus-putus.
66. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat April 2016 berkongsi cerita buku Suri
Profesional di pentas Karnival MPH di Putrajaya International Convention Center
(PICC).
77. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat Mei 2016 hadir ke PBAKL sebagai Penulis dan
memeriahkan booth jualan buku. Yang mana tahun-tahun sebelumnya hanya hadir
sebagai pembaca dan pembeli buku.
88. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat Jun 2016 berjaya terjual 15 katon kuih raya.
99. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat Julai 2016 menghantar manuskrip penuh ‘Pertolongan
Dari Langit’ kepada pihak penerbit.
110. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat Ogos 2016 menghias pakaian beragam Faizin (si
sulung) untuk sambutan Hari Kebangsaan di sekolahnya.
111. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat September 2016 mengusahakan projek buku bersama seorang
jutawan, pengasas produk Aura Rezeki.
112. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat Oktober 2016 berjaya menghadiri Bengkel
Penulisan dan mendapat pentauliahan sebagai Fasilitator Kaedah Membaca Ekspres-I.
Yang mana kedua-dua program adalah anjuran penulis dan novelis terkenal, Bonda
Nor.
l 13. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat November 2016 meraikan Faizin, Konvokesyen 4
tahun di Tadika Al-Baghdadi Playtime Center.
114. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat Disember 2016 menikmati percutian family trip ke
Cameron Highlands, seramai 25 ahli keluarga.
115. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat Januari 2017 bertungkus lumus bersama pihak
penerbit untuk buku ‘Pertolongan Dari Langit’ yang bakal terbit tak lama lagi.
116. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmat Febuari 2017 mendapat khabar projek buku Blur –
Antologi Storytelling bersama Bonda Nor dan 30 Penulis lain bakal diterbitkan
menjelang April 2017. Dan akan dilancarkan di Perpustakaan Negara Malaysia
(PNM).
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Ya Allah, nikmat Engkau yang mana
lagi yang mahu aku dustakan?
Salam Syukur
Ida Hani Ali
6.2.2017
No comments:
Post a Comment