Friday, 24 February 2017

Hati Magnet Rezeki



Bismillahirrahmanirrahim
Allahu ya Wasi' (Maha Meluaskan)
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi mmMuhammad

Assalamualaikum wbt teman-teman seperjuangan. Baca sketsa ni :-)
 
“Mana rezeki ni tak sampai-sampai?”
“Laaa … semua yang depan mata ni apa? Bukan rezeki ke?”
“Kenapa macam semput je rezeki aku?”
“Itulah, setting rezeki pun dah salah! Pasal tu dia takut nak masuk.”
“Uhuk … Uhuk …”
 Image result for magnet rezeki dengan hati

Hati, wadah (bekas) utama menjana rezeki. Sentuh soal hati, makhluk Allah yang sangat ‘halus’ (tapi bukan makhluk halus hihi). Ibarat raja yang memerintah tentera bekerja.

3 keadaan hati; yang bersih / sihat, yang sakit dan yang mati. Agaknya la kan, hati kita jenis yang mana satu eh?

Bayangkan …

Orang yang berhati lutsinar bak kristal di mana cahaya bisa menembusinya. Jernihnya umpama air yang mengalir dalam saliran yang tiada sampah sarap dan tidak berkeladak. Pasti alirannya deras tanpa tersekat-sekat.

Begitu jugalah dengan konsep rezeki. Analoginya mudah.

Hati yang bersih / sihat akan menarik kuat rezeki masuk sederas-derasnya. Sebab, ia suka sangat nak hinggap pada kita. Bukan setakat hinggap, terus nak jadi penghuni tetap supaya boleh hidup subur dan subur lagi.

Macam mana pula dengan hati yang sakit atau mati?

Tumbuhan - kalau ditanam atas tanah yang berpenyakit, lambat laun ia akan layu dan mati. Dah sakit, siapa yang mahu?

Lagi lagi, kalau tanah yang kandungannya sifar nutrien. Dah macam tempat ternak segala jenis kulat, bakteria dan virus. Sah sah, apapun yang ditanam memang tak akan hidup. Double triple tak ada siapa yang nak.

Justeru, bersihkan hati hingga ke akar umbi. InsyaAllah segala rupa bentuk rezeki yang baik-baik akan tertarik dengan begitu senang. Allah Maha Kuasa, kita apa ada? 

Salam Meminang Rezeki 
Ida Hani Ali
24.2.2017



   


No comments:

Post a Comment