Wednesday, 8 February 2017

Minda Menjemput Hati Bahagia



Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah Ya Salam Ya Mukmin
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad
“Bahagia itu bermula dari dalam hati nurani dan jiwa sendiri. 
Dengan adanya qana’ah, bahagia itu akan tercipta.”
Image result for hati bahagia 
 
Ramai orang bertanya-tanya, bagaimana nak hidup bahagia dan gembira? Serta merta, secara tidak langsung mencari-cari formula ajaib untuk mencipta kebahagiaan dan kegembiraan. Termasuklah diri yang sedang menulis ini. 
Ada ketika rasa susahnya hati nak bahagia. Hidup tak gembira. Baru sedikit diuji, resahnya tak henti-henti. Aduhai diri yang bergelar manusia! 
Kebahagiaan harus dinikmati secara natural. Usah terlalu diburu-buru dan berpura-pura. Untuk nikmati rasa bahagia, belajar bagaimana ingin hidup dan rasai bahagia itu. 
Eh...eh, macam mana tu?
Caranya, mendidik hati untuk sentiasa berasa cukup (qana'ah) dan memberi bahagia kepada insan lain tanpa syarat, tanpa had dan tanpa mengharap balasan. Pejam mata dan selalu katakan begini dalam hati. Hayati dalam doa dan bila-bila masa sahaja.
“Ya Allah Ya Mukmin (Maha Pengaman), terima kasih atas rasa bahagia yang Engkau beri ini. Aku sedang menikmatinya dengan keizinan-Mu. Kau tambahkan rasa bahagia ini sedikit demi sedikit ya Allah.”
Walau rasa kebahagiaan itu baru secubit, buat dan ulang berdikit-dikit. Pasti lama-lama rasa itu terus membukit. Hal remeh temeh yang datang mengusik hidup sedikit pun hati tidak akan tenjentik.
Bahagia = Gembira = Suka = Ceria = Riang ria = Senang hati
Semuanya berakhir dengan perasaan berlapang dada.
Cipta kebahagiaan dan kegembiraan itu bermula dari dalam jiwa sendiri. Ia akan tertebar berterbangan dan menusuk ke dalam jiwa-jiwa makhluk yang lain. 
Ah! Katakan apa sahaja, aku tetap bahagia. Usah bersedih-sedih duhai bidadari bidadara syurga! Bayangkan, kita seperti di dalam syurga. Bukankah ahli syurga itu semuanya bergembira, tak kira masa?
Alhamdulillah atas nikmat kebahagiaan, ketenangan dan ketenteraman jiwa ini ya Allah. Hingga saat dan detik waktu ini.

Salam Bahagia
Ida Hani Ali
8.2.2017 

No comments:

Post a Comment