Friday, 10 February 2017

Bercinta Hingga Ke Syurga



Bismillahirrahmanirrahim
Allahu Ar-Rahman Ar-Rahim Al-Wadud
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad
“Mak pesan, baca zikir dan selawat masa siapkan makanan untuk keluarga.”
Siapa nak bercinta dan berkasih sayang sampai ke syurga? Nak rasa bagai dilamun cinta dan rindu yang menggebu? Rasa disayangi dan menyayangi sepanjang usia? Mesti semua orang mahukan?
 Image result for bercinta hingga syurga
Petua asas hanya menggunakan air minuman dan bacakan bacaan Asmaul Husna. Caranya ialah :
1. Masa nak hidangkan air minuman tak kira pagi, petang atau malam.
2. Zikirkan Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud. Bicarakan dalam hati, Ya Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pencinta. Engkau alirkanlah kasih sayang dan cinta-Mu dalam air ini agar bertaut kasih sayang dan cinta kami semata-mata kerana-Mu.
3. Sebaik-baiknya zikirkan 40 kali. Kalau tak sempat, ulang beberapa kali pun boleh saja.
4. Zikir sambil kacau air ikut arah lawan jam. Buat macam tawaf.
5. Kaedah lain, boleh juga dibuat ketika memasak makanan, buat susu anak dan sediakan air mandi.
6. Tidak terhad kepada suami saja. Buatlah juga untuk anak-anak, mak ayah, adik-beradik dan orang-orang yang kita ingin cintai kerana Allah.
Emak memang selalu pesan macam ini. Kalau buat apa-apa kerja di dapur, jangan lupa zikir-zikirkan nama Allah dan selawat ke atas Nabi SAW. Mudah-mudahan kasih sayang-Nya mengalir buat kita semua dan makin dekat dengan Sang Pencipta. Hati kita dan anak-anak semakin bertaut dalam ketaatan kepada-Nya. Allahumma amin.
Sungguh, ia terbukti berkesan kerana amalan ini turut juga dikongsikan oleh pensyarah dan pengamal terapi Asmaul Husna, Prof Madya Dr Wan Maseri. Insya-Allah.
Ya Allah, daku mensyukuri nikmat rahmat dan kasih sayang-Mu. Daku juga bersyukur atas nikmat kasih sayang yang Kau alirkan melalui makhluk-makhluk yang ku sayangi. Suami, anak-anak, mak abah, adik beradik, saudara mara, kaum kerabat, guru-guru, sahabat-sahabat, kenalan-kenalan dan seluruh muslimin muslimat serta mukminin mukminat. Alhamdulillah.
 Image result for bercinta hingga syurga

Salam Kasih Sayang
Ida Hani Ali  
10.2.2017

No comments:

Post a Comment