Tuesday, 21 February 2017

Cerita Terbit Buku



Bismillahirrahmanirrahim
Allahu ya Karim (Maha Mulia)
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad

Assalamualaikum wbt sahabat wangi.
Image result for buku 

Dalam debar menanti-nanti baby #pertolongandarilangit nak terbit. Dapat berita yang baby #bukublur (Antologi storytelling Bonda Nor) juga bakal terbit serta dilancarkan di Perpustakaan Negara Malaysia menjelang April ini.

Dua-dua akan menjengah PBAKL2017. InsyaAllah.

Pagi semalam pula, Allah hidangkan cerita lagi. Proposal buku #twitterdarilangit yang diajukan sewaktu di Konvensyen Penulisan pada 17 Disember lepas, telah berstatus ‘Lulus Terbit’ oleh pihak penerbit. Masih menunggu pengesahan rasmi dan perbincangan lanjutan. 

Allahuakbar … Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Dan saya masih berhutang projek buku #aurarezeki dengan seorang sahabat jutawan yang merupakan pengusaha produk garam mandian. Juga Ebook #petuameminangrezeki kepada teman-teman. 
    
Buku #Allahtempatmeminta (korek-korek stok) dan #suriprofesional tetap terus dipromosi. InsyaAllah.

Apabila berkongsi cerita dengan Cik Abe, dia kata, “Haa … nak kerja sangat kan dulu. Allah dah longgok depan mata tu.” Kihkihkih (gelak je mampu).  

Kawan, apa cita-citamu? Teruskan berjuang sedaya upaya ya. Usah remeh-remehkan impianmu walau sekecil kuman bakteria. Allah ada, menemani setiap langkah kita.

Image result for buku 
 
Rabbi yassir wala tu’assir, rabbi tamim bilkhair. Amin. Terima kasih Allah atas 'kejutan-kejutan' yang Kau anugerahkan. Umpama curahan hujan dari langit :-)

Salam Terharu
Ida Hani Ali
21.2.2017


No comments:

Post a Comment