Bismillahirrahmanirrahim
Allahu ya Razzaq (Maha Pemberi Rezeki)
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad

Assalamualaikum wbt sahabat, ramai yang masih tercari-cari ...
Formula menjemput rezeki? Petua nak rezeki melimpah ruah?
Kalau disenaraikan memang panjang berdepa-depa tip magnet
rezeki ni. Dari awal celik mata hinggalah nak pejam mata. Ada saja amalan yang
boleh mengundang rezeki.
Soalnya, dalam senarai yang banyak-banyak itu, ada tak kita
pilih untuk buat dan istiqamah setiap hari?
Apabila dah diamal, tetiba tertanya-tanya pulak.
Aik … tak mewah pun hidup?
Tak jadi jutawan pun?
Tak dapat rezeki tergolek pun?
Beb, soal diri sendiri balik, “Aku buat semua ni sebab
nak kan rezeki saja ke atau nak rapat dengan Pemilik rezeki dengan
sebenar-benar rapat?”
Kalau setakat nak rezeki. Semua dah dapat pun hakikatnya.
Sihat, kerjaya, bisnes, gaji, makan minum, pakaian, kediaman, kenderaan dan
macam-macam. Suami yang baik, anak-anak yang comel. Sebut saja …
Belum dikira lagi nikmat ilmu, Islam, Iman, amal, ibadah.
Udara, angin, air, cahaya.
Ah, banyak sangat rezekinya!
Yakini dan berpegang satu kunci rezeki yang ini dulu.
Iaitu BERSYUKUR. InsyaAllah yang lain, mudah sangat Allah nak beri. Gitu kawan!
Belajar bersyukur walau sering terbabas dan hal yang lain
Allah pasti lunaskan.
Anda bersyukur. Rezeki kan subur ;-)
Wallahu'alam.
Salam Ingatan Tulus Mesra
Ida Hani Ali
19.2.2017
No comments:
Post a Comment