Saturday, 18 February 2017

Cerita Solat Dhuha Si Anak (Bahagian 1)



Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat-sahabatku. 

Ini cerita suatu petang semasa bershopping barang keperluan di sebuah pasaraya, tiba-tiba si abang (4 tahun 9 bulan) bercerita spontan.

“Mama, tadi kan kat sekolah Faizin jadi imam …”

Mama yang sedang ralit pilih sayur, terdiam sambil nak digest, ‘apa Faizin cakap tadi eh?’

“Haaa, Faizin jadi imam?” Ulang mama mohon kepastian. 

“Betul ke? Solat apa?” Mama tanya lagi.

“Iya…solat dhuha”.

“Solat dhuha? Faizin tau ke berapa rakaat solat dhuha?” Wah! Nada mama terkejut campur teruja.

“Tau, 2 rakaat.”

“Ustaz ke yang suruh Faizin jadi imam?”

“Tak..”

“Dah tu siapa yang suruh?”

“Faizin sendiri yang nak jadi.” Lagi la mama macam terkena kejutan elektrik. ‘Ohho..anak aku volunteer jadi imam?’  

“Faizin baca surah apa?” Tak habis mama soal siasat.

“Baca al-Ikhlas, al-Falaq dengan an-Nas.” 

Perlahan-lahan mama sebut Alhamdulillah walau itu surah yang dia dok baca sebelum tidur. Hehe. Ok lah lepas ni suruh dia up surah lain pulak.

Bertuah anak-anak sekarang. Solat dhuha dah dijadikan satu didikan di tadika / taska seawal usia 4 tahun. Mereka belajar kenal apa itu dhuha sebelum akil baligh lagi. 

Tak ke bertuah tu budak-budak zaman sekarang. Gigih sungguh cikgu-cikgu di sekolah memberi tunjuk ajar. Terima kasih cikgu! Hanya Allah membalas jasa-jasa kalian.

Saya tersipu sendiri, ‘aku umur dah tua baru nak mengecam solat sunat dhuha tu camana’. Haishhh. Kemudian, tanya diri lagi. ‘Apakah aku dah didik anak-anak supaya mereka tekun solat fardhu dengan sebenar-benar didikan?’ 

Pesan seorang pendakwah, bayangkan kita mengajar si anak solat. Dari dia tak tau apa-apa hinggalah dia pandai bersolat. Dan dia istiqamah solat sepanjang hayatnya contoh sampai umur 80 tahun. Agak-agak berapa nilai yang dikredit ke akaun kita walaupun kita dah masuk kubur.

Alangkah indahnya hidup di kubur, ada pahala yang mengalir dan terus mengalir. 

Jom kawan, kita jadi mak bapak yang double tripel beruntung. Semoga taufiq-Nya menaungi 10 zuriat keturunan kita agar menjadi anak yang soleh solehah. Amin ya Allahu ya Karim.

 Image result for anak soleh

Salam Sayang
Ida Hani Ali
18.2.2017

No comments:

Post a Comment