Sunday, 5 February 2017

JAGA NIAT

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar blogger jutawan? Sudah masuk Februari kita kan? Hari ini adalah hari ke-36 dalam tahun 2017. Rasanya boleh lagi ucapkan ‘Happy New Year 2017’. 
Image result for 2017
 

Macam mana tahun ni? Membuak-buak tak azam, matlamat dan hajat hati? Bagus bercita-cita tinggi. Syaratnya tindakan pun kena besar sebesar dan seluas langit dan bumi.

Satu tempoh yang lama, 9 bulan tak tinggalkan jejak di sini. Kalau wanita yang preggy tu bakal menimang baby baru tak lama lagi. Hehehe. 

Ceritanya, dah berbulan-bulan blog ni tak dihias indah dengan nukilan dan cetusan idea. Kesian dia menanti tuan tanah aktif semula. Huhu. Maaf ya blog ku sayang.

Meskipun tak mencoret, dalam diam-diam blog ni tetap ada yang menjenguk.Terima kasih daun keladi.

Sewaktu entri terakhir ditulis, jumlah entri hanya sebanyak 112 saja. Andai tak silap pengunjung tak cecah 1500. Hari ini jumlahnya sudah 2670. Allahu…memang tak banyak mana. Namun, Alhamdulillah bersyukur dan perlu berusaha gigih lagi.

Pageview meningkat. Wow, macam ada kuasa ghaib yang gerakkannya! Guru blog pernah bagitau, itulah kuasa google search engine. Hakikat, semuanya kuasa Allah swt dan carian di google sebagai alat semata.

Yang menarik, popular post ialah berkaitan rezeki (5 Tips Minda Magnet Rezeki). Entri tu pendek dan sangat ringkas. Kepada yang dah mengamalkan, impaknya Subhanallah! 

Haaa, boleh lah di lanjutkan lagi untuk Ebook ’30 Petua Meminang Rezeki’ (begitulah hajat di hati). Ya Allah, bantulah daku untuk selesaikan Ebook ini. InsyaAllah, Allahumma Amin ya Karim.

Sepanjang 9 bulan yang telah berlalu, banyaknya pengalaman yang singgah dalam diri. Andai satu saat pun dah macam-macam berlaku, apatah lagi tempoh masa mencecah satu tahun. Banyak sangat! 

Sampaikan terfikir, ruginya kalau tak dikongsikan. Moga-moga ada pahala yang mengalir. Allahuakbar. 

Apabila menyentuh bab ini membawa kita merefleksi NIAT ‘kenapa dulu nak tulis blog?’ Secara tak langsung mentarbiyah diri bahawa nilai kuasa istiqamah atau kuasa konsisten sangat sangat sangat bernilai harganya. 

Ketika saya menulis ini, panjang sungguh helaan nafas sendiri. Bersungguh mengingatkan, kita menulis untuk kutip pahala selepas mati. Mudah dari segi teori, namun tidaklah sukar untuk dijadikan rutin setiap hari. Andai dah terbiasa menulis di ruang maya yang lain.    

Sungguh. NIAT...NIAT...NIAT itu sangat penting. Justeru, luruskanlah.
Image result for niat

Salam Rindu
Ida Hani Ali
5.2.2017

No comments:

Post a Comment