Sunday, 8 November 2015

Tips Untuk Rasa Relaks

Assalamualaikum wbt sahabat yang awesome. Selamat berhujung minggu ;-)

Apa khabar mood hari ini? Lebih relaks dari semalam tak (mohon rasakan)? Semalam saya ada kongsikan entri berkenaan bagaimana kita nak kuasai minda dengan mood yang sangat relaks. Ingat lagi? Sila rujuk di sini ya http://idahaniali.blogspot.my/2015/11/tips-kuasai-minda-dengan-mood-relaks.html.

Mesti ada yang tanya, macamana kita nak tahu yang kita betul-betul sedang mengalami perasaan yang sangat-sangat relaks? Kata kuncinya sungguh mudah, iaitu;

'RELAX = NO STRESS / FREE OF STRESS'    

Sumber : Uncle Google - Bila relaks..hati, minda, badan ikut rasa relaks.

Bahasa ringkasnya, kita tak rasa tertekan, ditekan atau tekanan. Itu saja? 

Betul. Itu sahaja. Mudahkan! 

Cuba bandingkan dua situasi berikut. Situasi berbeza, pasti mood dan hasilnya juga berbeza.

Situasi 1 : Bangun awal pagi. Solat dan sempat bersiap dengan secantik/sekemasnya untuk ke tempat kerja. Bersarapan dan katakan dalam hati sambil tengok jam 'oh, mesti dapat punch card sebelum jam 8 ni.' Lantas, kita hidupkan enjin kereta dan bergerak ke tempat kerja. Didapati jalan clear dan akhirnya kita sampai ke ofis awal serta dapat punch card sebelum jam 8 pagi. Hasilnya seperti yang kita jangkakan. 

Situasi 2 : Terlewat bangun. Baju belum digosok (iron). Bersiap mana yang sempat. Bersarapan pula tak sempat. Terus masuk ke dalam kereta. Hidupkan enjin dan terus bergerak menuju ke ofis. Dalam kereta sempat kerling jam di dashboard sambil hati berkata-kata, 'Aduh, mesti sampai ofis lambat ni. Punch card mesti merah. Dah la ada meeting awal pagi ni!!!'. Nah, hasilnya pasti anda dah jangkakan.

Ini mungkin boleh dijadikan penanda aras untuk menguji tahap relaks kita. 

Jika, kita sedang duduk bersantai-santai pun ada sesuatu yang buat kita rasa tertekan/ditekan/tekanan. Itu maknanya kita bukan dalam keadaan relaks. Dah jantung pun asyik kuat berdetak, maknanya kita belum capai lagi nikmat gelombang alpha yang mewujudkan puncak ketenangan diri yang sebenar

Itulah sebabnya, apapun yang kita nak capai (walau sekecil-kecil impian), masih tak dapat-dapat berikutan situasi mood relaks ini. Di situ, ada unsur-unsur penafian dalam hati dan minda pun ikut serta sekali untuk menidakkan..

Kata kunci lagi, bila kita rasa relaks, apapun patah perkataan yang kita sebut dalam hati. Serta merta minda akan dapat tangkap dan terima dengan senang hati. Tanpa ada kata, 'eh tak boleh ni. Susah ni nanti. Leceh lah...' 

Faham ke terlajak faham?

Salam Inspirasi
Ida Hani Ali
8.11.2015 

No comments:

Post a Comment