Monday, 23 November 2015

Muhasabah Diri

Buat renungan kita bersama.

KETIKA
Aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa,
Bahawa HIDUP itu sendiri adalah sebuah KEKAYAAN.

KETIKA
Aku takut MEMBERI,
Aku lupa,
Bahawa SEMUA yang aku miliki juga adalah PEMBERIAN.

KETIKA
Aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa,
Bahawa dalam KELEMAHAN itulah
Allah memberikan aku KEKUATAN.

KETIKA
Aku takut RUGI,
Aku lupa,
Bahawa HIDUPKU itu adalah sebuah KEBERUNTUNGAN, kerana ANUGERAH-NYA.

---> Ternyata hidup ini sangat indah. Ketika kita selalu BERSYUKUR kepada-Nya.

BUKAN
Kerana hari ini INDAH kita BAHAGIA.
Tetapi kerana kita BAHAGIA, maka hari ini menjadi INDAH.

BUKAN
Kerana tak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS.
Tetapi kerana kita OPTIMIS, maka RINTANGAN akan menjadi alah bisa tegal biasa.

BUKAN
Kerana semua BAIK kita TERSENYUM.
Tetapi kerana kita TERSENYUM, maka semua menjadi BAIK.

---> Tak ada hari yang MENYULITKAN kita, kecuali kita SENDIRI yang menjadikannya SULIT.

BILA
Kita tidak dapat menjadi jalan besar,
cukuplah menjadi jalan setapak yang dapat dilalui orang.

BILA
Kita tidak dapat menjadi matahari,
cukuplah menjadi lilin yang dapat menerangi sekitar kita.

BILA
Kita tidak dapat berbuat sesuatu untuk seseorang, cukuplah berdoa untuk dirinya.

---> Rendahkan hati, Insha Allah kita akan menjadi orang yang DIHORMATI.

---> Bersemangatlah, Insha Allah kita akan selalu BERJAYA.


* Perkongsian dari group whatsapp *

Salam Motivasi Dan Inspirasi
Ida Hani Ali
23.11.2015

No comments:

Post a Comment