Sebenarnya untuk berjaya,
Kita sendiri yang kena berubah. Belajar untuk berhijrah. Berubah minda, berhijrah jiwa. Bak orang kata, anjakan paradigma.
![]() |
Sumber : Uncle Google - Berhijrahlah dan berani buat perubahan ;) |
Kalau kita tak berhijrah, macamana kita nak tahu hasil yang baru itu lebih bagus atau sebaliknya?
Takut untuk berubah. Tak berani untuk membuat keputusan yang drastik. Itu semua jauh dari prinsip orang yang berjaya. Orang yang dahagakan kejayaan, sanggup buat apa saja untuk menggapai cita-cita.
Jangan terlalu rasa selesa sangat. Jangan jadi seperti hamster yang berlari setempat. Yang mana akhirnya, hamster itu tak ke mana-mana.
Jangan memandu kereta terlalu lama pada gear yang sama. Yang mana kesudahannya, bukan setakat gear box itu rosak tetapi kemungkinan besar satu kereta tersebut turut rosak.
Berhijrahlah wahai sahabat. Berubah dan ambil angin baru yang lebih segar. Kebiasaannya penghijrahan dan perubahan itu membuatkan kita lebih matang dan dewasa.
Bermulalah dengan hijrah di minda dan di jiwa. Perubahan ketara di fikiran (minda) akan kita rasakan di jiwa. Seterusnya, dipraktikkan melalui percakapan dan perbuatan (tindakan).
Yakin dan percaya, Allah SWT sentiasa ada bersama di sepanjang penghijrahan kita andai niat kita untuk menjadi lebih baik dan terbaik!
Ida Hani Ali
9.11.2015
No comments:
Post a Comment