Petang-petang macam ini, memang terasa sangat santai. Lebih-lebih lagi cuaca di luar kelihatannya sungguh mendung dan angin pun sejuk saja. Memang sesuai sangat dengan entri petang ni.
Baiklah. Sedikit perkongsian dari saya bagaimana kita ingin menguasai minda kita. Salah satu tipsnya ialah wujudkan keadaan diri/emosi yang sangat relaks. SANGAT-SANGAT RELAKS.
![]() |
Sumber : Uncle Google - Cipta emosi relaks atas pasir pantai yang halus. |
Banyak faktor yang akan mempengaruhi menaikkan tenaga dalaman kita untuk mewujudkan rasa yang sangat RELAKS. Masukkan kunci persoalan '5W dan 1H'. Iaitu What, When, Why, Who, Where and How untuk kita capai mood RELAKS tersebut.
1] What (Apa) - Apa keinginan kita? Impian? Cita-cita? Yang kita nak sangat-sangat capai?
2] When (Bila) - Waktu yang tiada gangguan/kesibukan.
3] Why (Kenapa) - Tujuan utama impian tersebut?
4] Who (Siapa) - Adakah kita ingin libatkan sesiapa?
5] Where (Di mana) - Kawasan, tempat, ceruk, pelosok mana pun.
6] How (Bagaimana) - Melibatkan keadaan, suasana, cuaca, persekitaran dan sewaktu dengannya.
**********
Berikut contoh situasi yang mungkin kita pernah lalui;
'Tengah duduk-duduk atas sofa sambil belek-belek majalah, tiba-tiba tertengok ada kabinet dapur yang sangat menarik hati. Kombinasi warnanya, rekabentuknya, materialnya, konsepnya (temanya) dan yang pasti bajetnya pun ngam dengan kita. Kita pun tersenyum-senyum membelek halaman majalah tersebut. Dalam tempoh yang lama kita pun sempat pasang angan-angan. Dalam hati berkata-kata, 'Allah, cantiknya kabinet dapur ni. Satu hari nanti, aku pun nak la yang macamni ya Allah. Kalau dapur selesa, lancar sikit aktiviti memasak kan. Amin.'
![]() |
Sumber : Uncle Google - Santai di kerusi menikmati alam cetuskan mood tenang. |
Maksudnya, kita tengah mengaktifkan mood RELAKS dan memasang impian secara tak sengaja! Part yang paling best, kita mohon izin Allah dengan menyebut nama Dia. Allah Maha Mengabulkan (Ya Mujib) apa jua cita-cita hamba-Nya. InsyaAllah bila tiba masa dan waktu yang Dia saja yang tau ;-)
Mood ni akan tercipta tanpa paksa. Ia seolah-olah datang secara tiba-tiba tetapi impian tu sangat mengujakan kita. Itulah gelombang alpha di mana keadaan kita dalam keadaan sangat tenang. RELAKS.
Selamat mencuba teman-teman. Hasilnya mesti amazing! ;-)
![]() |
Sumber : Uncle Google - Merenung air terjun yang membangkitkan emosi relaks. |
Salam Inspirasi
Ida Hani Ali
7.11.2015
No comments:
Post a Comment