Assalamualaikum wbt sahabat jutawan yang dermawan :) Selamat petang..
Berikut sedikit tips perkongsian dari seorang Usahawan yang berjaya dalam dunia penulisan dan penerbitan. InsyaAllah boleh juga di apply untuk orang bisnes dalam bidang apapun.
Jom kita semak dan ulangkaji sama-sama. Tips nya :-
1. Yakin bahawa customer itu ALLAH yg hantar, bukan kita yang cari. Dan juga bukan atas usaha kita yang pulun buat marketing.
2. Bagi orang beriman, apa yang dapat/sudah dimiliki dia akan syukur alhamdulillah. Kalau belum dapat, dia akan sabar dan terus berharap kepada ALLAH.
3. Hati orang beriman sentiasa luas dan lapang macam lautan, campak apa pun macam itu saja. Dia tak akan mudah berubah-ubah.
4. Jangan yakin dengan makhluk kerana kita semua sama taraf, tak ada kuasa. Yakin hanya kepada ALLAH semata-mata, ALLAH Maha Kuasa.
5. Ada masalah, diam jangan beritahu sesiapa, tetapi mengadulah hanya kepada ALLAH SWT. Sesungguhnya, Dia lah tempat kita sembah. Dan kepada Dia jugalah tempat kita mohon pertolongan.
6. Minta pada ALLAH jalan (penyelesaian), doa sampai menangis-nangis, merayu-rayu dan merintih-rintih. Itu yang ALLAH lagi suka 😊
7. Fokus pada kekuatan dan kelebihan yang kita sandarkan kepada ALLAH SWT. Sampai saatnya, kita akan jadi pakar dalam bidang yang kita ceburi.
InsyaAllah. Apa yang kita sangkakan dan fikirkan, itulah yang kita tarik dalam hidup kita. Dan itulah yang ALLAH beri :-)
Salam Inspirasi
Ida Hani Ali
21.11.2015
No comments:
Post a Comment