Jemput baca. Perkongsian dari hati untuk hati yang dahagakan rasa bahagia. Cipta bahagia dengan ekspreskan kesyukuran tanpa henti kepada Dia Yang Satu.
1. Taat perintah Dia - wajib laksanakan segala perintah-Nya. Patuh dan taat tanpa berbelah bagi. Dan meninggalkan segala larangan-Nya. Poin penting, buat semua perkara yang Dia suka, yang Dia redha.
2. Jurnal syukur - tulis senarai kesyukuran yang kita syukuri atas nikmat-nikmat kurniaan Allah SWT. Tulis secara istiqamah (konsisten) setiap hari. Siap tulis, baca dengan penuh emosi.
3. Buat perbandingan - lihat orang di bawah kita. Maksudnya bandingkan taraf hidup kita yang jauh lebih baik dari orang itu. Sebagai contoh, orang yang sakit, miskin, tak belajar, tak ada kerja, merempat, tak ada famili. Ternyata, hidup kita serba serbi lebih beruntung atas limpahan rezeki Allah.
4. Banyakkan memberi - berkongsi rezeki yang bermanfaat dengan sebarkannya kepada yang memerlukan. Bukan setakat harta dan wang ringgit. Mungkin juga usaha, tenaga, idea, masa dan ilmu. Dalam istilah lain juga, banyakkan bersedekah.
5. Sedarkan diri - Mulakan hidup dari celik mata dgn syukur hingga nak tidur tutup mata pun bersyukur tanpa henti kerana seluruh kehidupan ini adalah anugerah dari Ilahi. Tidak tertinggal satu pun yang bukan dari rezeki Dia. Semua hak milik Pencipta. Kita hanya meminjam.
Muhasabah. Renungan. Dan berfikirlah.
Salam Syukur
Ida Hani Ali
28.11.2015
No comments:
Post a Comment