Salam rehat di malam hari :)
Perasan ke minda kita ini bekerja tanpa henti. Kadang dalam tidur pun bekerja juga. Apa tidaknya, dapat mimpi yang macam-macam kan (itu sebab Allah SWT pesan supaya kita tidur pun mesti dalam keadaan bersedia, ikut sunnah Nabi SAW).
Bayangkan, tidur 5 jam dan 5 jam kita bermimpi! Aduhai, bila masa otak kita nak berehat dengan nyaman? Jadi, kita disarankan mencari solusi untuk isu-isu ini.
Dan, jawapannya ialah TERAPI MINDA.
Otak/minda kita berhak dapat REWARD tau! Barulah ia sentiasa beraksi dengan CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG.
Banyak cara nak buat TERAPI MINDA. Kita yang tentukan/tetapkan cara yang bagaimana kita mahukan.
Antaranya:
1] Berkelah bersama keluarga. Bawa bekal makanan sendiri dan menjamu selera di atas tikar di tepi pantai.
2] Bermain bowling berkumpulan dan adakan pertandingan di kalangan adik-beradik/rakan ofis.
3] Sekadar window shopping tanpa niat membeli apa-apa barangan.
4] Buat panggung wayang di rumah. Menonton cerita yang jadi kegemaran bersama suami dan anak-anak. Sambil makan popcorn. Ala-ala seperti di GSC/TGV/MBO.
5] Beraktiviti bersama-sama. Cuci baju, cuci kereta, cuci pinggan, memasak, kemas rumah, bertani dan sewaktu dengannya.
6] Jalan-jalan di taman. Berjongging. Teman anak-anak di playground.
7] Balik kampung jenguk mak ayah.
Dan macam-macam lagi. Pilih saja nak yang macamana. Free. Dengan bajet. Kita yang putuskan :)
Baru-baru ini, saya berterapi dinner di luar bersama suami dan anak-anak tercinta (sebab saya jarang makan-makan di luar). Sebenarnya juga bersempena menyambut hari lahir 'si kecik'. Meraikan ulangtahun yang pertama pada 5.11.2015 (Khamis).
Seronoknya rasa hati! Tengok anak-anak makan. Sambil main di mini playground yang disediakan. Rupanya, si kecik pun dah pandai nak main-main. Bila ditenung, direnung..sekejapnya masa berlalu. Anak-anak makin membesar. Macam-macam akalnya! Allahuakbar :)
Bukankah ini TERAPI MINDA yang hebat? Mensyukuri nikmat masa bersama insan tercinta. Alhamdulillah syukur-syukur selalu :) Kepuasan yang speechless..
Ada sesiapa rasa pengalaman yang macam saya rasa? Best kan!!! :)
Jom layan gambar dulu..
Comel mama Al Fateh dah 1 tahun :)
Mama dengan abang Faizin :)
Suami syurga dengan anak syurga :)
Saaayang Al Fateh :)
Sekian kisah terapi kita..
Salam Terapi
Ida Hani Ali
8.11.2015