Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Pemilik seluruh alam.
Kepujian yang tiada tolok bandingnya atas semua nikmat kurniaan-Nya.
Syukur atas nikmat nyawa, nafas, iman, ilmu, amal dan takwa.
Syukur atas nikmat sihat, gembira, bahagia dan silaturrahim.
Syukur atas nikmat makan minum, pakaian, rumah dan kenderaan.
'Semakin kita syukur, semakin banyak nikmat yang Allah hulur.'
Terima kasih ya Allah.
Salam Syukur
Ida Hani Ali
30.4.2016
Tips membongkar keajaiban kuasa minda. Mulai dengan doa. Kuasai Doa, Kuasai Minda, Cipta Realiti. Semai imaginasi, gapai misi dan visi. Duniawi ukhrawi. Insya-Allah dengan izin Ilahi.
Saturday, 30 April 2016
Push Diri Sendiri
Bila-bila saya berada di satu tahap, saya selalu ingat kata-kata seorang Cikgu yang saya kagumi. Cikgu saya pesan,
"Ida, kalau nak berjaya kena push diri sendiri. Tak ada siapa boleh push untuk kita. Tak ada siapa boleh tolong kita. Kita yang kena tolong diri sendiri. Minta pada Allah. Dia akan beri."
Bila saya tunjukkan hasil pada dia walaupun tak banyak, dia akan cakap begini..
"Ida, sikit je lagi tu. Teruskan usaha."
Sampai bila-bila pun saya akan ingat kata-kata cikgu. Terima kasih cikgu.
Alhamdulillah syukur. Terima kasih Allah.
Salam kejayaan ❤️

Panas Membahang Sebagai Ingatan Dari DIA
Beberapa bulan ni, rasa gerun nak keluar rumah dengan cuaca sekarang. Panas terik dan berbahang. Anak-anak pun on off kesihatan. Mak bapak, datuk nenek pun apa kurangnya.
Allahu akbar, cuaca tu asbab saja. Yang kawal cuaca dan kesihatan adalah Dia. Terasa teriknya panas di dunia boleh lagi lari berlindung ke dalam rumah siap ber 'aircond' dan minum air sejuk.
Tapi bila terbayang macamana panasnya api neraka di akhirat nanti, rasa gerun tu berganda-ganda! Dah tak ada tempat nak lari dah. Tak ada siapa pun boleh tolong.
Nauzubillahi min zalik! Semoga Allah pelihara kita dari panas api neraka yang tak tertanggung..Semoga Allah anugerahkan kita syurga dengan rahmat dan kasih sayang-Nya.
Jom amalkan doa ni, baca 7 kali selepas subuh dan maghrib. "Allahumma ajirna minannar". Maksudnya, "Ya Allah selamatkan kami dari azab api neraka".
Allahumma Amin.
Namun, alhamdulillah syukur kepada-Nya jua. Beberapa hari ni cuaca dah mula kendur pada waktu-waktunya. Hujan pun turun membasahi bumi yang kering dan gersang.
Terima kasih ya Allah atas nikmat cuaca-Mu.
Salam Sihat

Thursday, 17 March 2016
Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 17.3.2016
Alhamdulillah ya Allah ya Syakur. Sesungguhnya, hidupku matiku ibadahku dan kerjaku semata-mata hanya untuk-Mu, Tuhan semesta alam. Aku bersyukur ya Allah ;-)
1] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat bangun pagi menikmati hidup ini yang seterusnya.
2] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat dapat beribadah kepada-Mu dengan hidayah-Mu.
3] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat berada dalam agama-Mu, Islam yang syumul.
4] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat mataku yang boleh melihat.
5] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat sepasang tangan dan kaki untuk bergerak membuat kerja-kerja.
6] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat boleh menguruskan anak-anak dan suami. Layan mereka, membebel-bebel tapi sayang pada hero-hero tercinta ;-)
7] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat 2 bungkus makanan free yang suami bawa balik dari jamuan di surau.
MasyaAllah! Banyaknya nikmat dan rezeki-Mu. Terima kasih ya Allah.
Salam Syukur
Ida Hani Ali
17.3.2016

Tips Keluar Dari Ujian yang Menghimpit
Ini kisah beberapa minggu lepas. Suami syurga berjumpa bekas ustaz kami masa bersekolah menengah di Subang Jaya. Saya namakan Ustaz K.
Beliau dijemput sebagai penceramah jemputan dalam program yang dianjurkan oleh persatuan suami.
Ustaz K ini seorang yang gigih. Sebab dalam usianya itu (tak pasti berapa tapi mesti dah jauh meninggalkan kami hehe), masih bertungkus lumus siapkan tesis PhD. Keluarganya besar. Ada 7 orang anak 😊
Sebagai individu yang dah banyak makan asam garam. Banyak tips yang dikongsikan kepada suami. Sebab tuan suami jadi bodyguard beliau sepanjang program.
Satu tips yang dikongsikan kalau kita rasa terhimpit dan tersepit dengan ujian duit. Atau apa-apa ujian sekalipun, satu amalan jangan ditinggalkan. Maksudnya, kena buat juga!
"Baca surah al-Waqiah setiap malam. Setiap malam jangan miss."

Pernah satu situasi, Allah selesaikan ujian Ustaz K dengan RM25K! Macam turun dari langit kan..Dan macam-macam bentuk pertolongan yang tak dapat diceritakan. Speechless mungkin..
Semua orang tau, surah tersebut terkenal sebagai surah kekayaan (Ghaniy). Tapi, orang selalu fikir untuk kaya raya tang duit saja. Realitinya, Allah boleh bagi pelbagai bentuk kekayaan.
Salah satunya, mestilah kaya jiwa. Ujian macamana pun datang bertimpa-timpa, kita mudah syukur, sabar, redha dan akhirnya rasa lapang dada.
Soalnya, betapa tinggi tawajjuh kita kepada Allahussamad? Kalau baca al-Waqiah tanpa rasa, tak jadi juga kawan! Itu sebab sampai bila-bila Allah tak turunkan bantuan..
Jadi jangan tanya, 'Kenapa Allah tak bantu aku?'
Nota : Jom istiqamah amal baca surah al-Waqiah ya kawan-kawan ;-)
😊
Salam Muhasabah 17.3.2016
Ida Hani Ali
Ida Hani Ali
Programkan Diri Dengan Aura Quran
Salam malam Jumaat sahabat.
Peringatan di kala waktu pagi. Pagi-pagi dah terus tengok phone. Tapi, Quran dah dibuka ke belum? Dah dibaca?

Tok guru pesan, sebelum subuh atau sejurus lepas subuh terus tatap Quran dulu. Sebab nak serap semangat positif. Sumber terbaik adalah Quran.
Kalamullah. Bait ayat-Nya yang suci dan positif. Mana ada yang negatif. Dah tak perlu ditapis-tapis.
Andai mulakan hari cari semangat di FB misalnya. Masih ada yang negatif. Kalau hati tak kuat, mudah terjebak emosi tak baik. Paling sedih, merebak melarat sepanjang hari.
Solusi, sediakan perisai sejak subuh lagi. Tatap, baca dan hadam motivasi terus dari Allah. InsyaAllah perkara lain Allah pelihara.
Salam Barokah 17.3.2016
Ida Hani Ali
Ida Hani Ali
Tuesday, 15 March 2016
Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 15.3.2016
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, banyaknya nikmat-Mu yang Engkau curah-curahkan hingga saat ini. Tak terhitung. Tak terkira. Tak ternilai. Sungguh banyak!
1] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat nyawa ini.
2] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat degupan jantung yang tak pernah berhenti.
3] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat denyutan nadi yang tak pernah gagal.
4] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat hembusan dan sedutan udara yang keluar masuk dalam badan.
5] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat aliran darah dalam pembuluh darah.
6] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat anggota badan yang sempurna dan berfungsi dengan baik.
7] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat makan minum yang sedap-sedap.
8] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat rumah yang luas dan selesa.
9] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat kenderaan yang bergerak.
10] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat beribadah kepada-Mu.
11] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat berkhidmat untuk keluarga.
12] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat seorang suami yang penyayang, bertanggungjawab dan membimbing ke jalan-Mu.
13] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat hero Muhammad Faizin yang semakin bijak dan banyak idea serta sihat wal'afiat.
14] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat hero Muhammad Al Fateh yang semakin ligat dan panjang akal serta sihat wal'afiat.
15] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat keluarga kami yang aman bahagia.
16] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat mak abah, adik beradik dan kaum keluarga yang baik.
17] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat guru-guru yang berjasa.
18] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat rakan-rakan yang positif.
19] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat idea dan ilham penulisan yang turun menpcurah-curah ibarat air hujan membasahi bumi.
20] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat jari jemari yang bergerak-gerak menaip bait-bait karya penulisanku.
21] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat petunjuk, hidayah dan kasih sayang-Mu tanpa henti.
Syukur Ya Allah Ya Syakur. Segala puji hanya layak buat-Mu Yang Maha Esa.

15.3.2016

Surah Al-Fath Motivasi Terpantas
Assalamualaikum wbt semua.
Sebulan tak menjengah di sini. Allahu Rabbi. Ya Allah, berilah kecukupan waktu yang Engkau redhai.
Kawan-kawan, sedikit perkongsian. Ada orang hari nya indah belaka. Ada orang hari nya caca merba.
S : Macamana nak dapat motivasi terpantas?
J : Al-Quran. Paling best setiap pagi sebelum buat apa-apa baca dan hayati surah al-Fath. Fokus ayat 4 dan 7. Ini janji Allah SWT.
"Dia lah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambahkan keimanan di atas keimanan mereka yang telah ada. Dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Ayat 4)
Dan Allah ulang pada ayat ke 7.
"Dan milik Allah bala tentera langit dan bumi. Dan Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."
Terjemahan (bala tentera langit dan bumi) --> Penolong yang dijadikan oleh Allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat, haiwan-haiwan, ribut taufan dan sebagainya.
Sumber : Tafsir al-Quran terbitan Karya Bestari, mukasurat 511.

Apa jua situasi hidup, serahkan kepada Dia. Bantuan-Nya pasti tiba!
Salam Motivasi
Ida Hani Ali
15.3.2016
Thursday, 11 February 2016
Gerak Hati Dan Redha
Bismillah.
'Ya Allah, layakkah aku?'
Kanta mata kasar akan menjawab 'tidak'. Namun, kanta mata hati menjawab 'mengapa tidak'.
Lantas, ikutlah gerak hati yang terlintas.
Setiap kejadian ciptaan Tuhan, ada sebab yang dibentangkan. Bukanlah sesuatu yang sia-sia. Jika kita mahu memikirkan keEsaan-Nya.
Mungkin bukan hari ini hikmah diperolehi. Mungkin juga beberapa tahun akan datang.
Terimalah hakikat bahawa setiap makhluk harus memaknai dan merasai hidup berTuhan.
Tuhan yang Satu, Allah SWT.
Redha. Dan bersedia menerima keputusan Allah sebagai amanah yang harus dibereskan.
'Ya Allah, berikan ku petunjuk-Mu'.
Salam Sayang
Ida Hani Ali
11.2.2016
Tuesday, 9 February 2016
Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 9.2.2016
Bismillah
1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat hidup ini.
2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kesihatan untuk beribadah.
3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat suami yang bertanggungjawab.
4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat hero-hero yang semakin bijak.
5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat hero-hero yang semakin sihat dari demam selsema.
6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat dapat masak dan makan bersama-sama dengan keluarga.
7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat makanan dan minuman yang sedap-sedap.
8] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat membaca lembaran kalam suci-Mu.
9] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat istighfar, zikir dan selawat untuk mengingati-Mu.
10] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat setiap satu anggota badan yang berfungsi dengan baik.
Syukur ya Allah. Terima kasih atas kasih sayang-Mu :)
Salam Syukur
Ida Hani Ali
9.2.2016
Mulakan Hari Ini
Teman-teman,
Andai tidak bermula hari ini, bila lagi mahu mulakan?
Bila lagi ingin belajar jatuh dan bangun?
Bila lagi mahu belajar buat silap?
Teman-teman,
Mulakanlah.
Walau bermula dengan kosong.
Walau bermula dengan tiada apa-apa.
Walau orang memperlekeh usaha kita.
Walau ada pihak mengkritik kita.
Teruskan saja.
Teruskan...
Teruskan...
Bangkitlah.
Usahakan sesuatu.
Agar hasilnya akan tiba apabila sampai waktu.
Salam Kejayaan
Ida Hani Ali
9.2.2016
Monday, 8 February 2016
Jagalah Allah, Allah Pasti Menjagamu
Assalamualaikum wbt.
"Perbaiki hubunganmu dengan Allah, nescaya Allah perbaiki hidupmu dan menjaga segala urusanmu."
Pada asalnya, mungkin kita buat perkara baik untuk tarik rezeki. Minta supaya rezeki melimpah ruah. Bayangkan, kita buat setiap hari.
Hingga lama-lama jadi terbiasa. Bila tak buat, rasa sesuatu kepelikan. Sampai satu tahap, kita buat memang sebab nak buat sangat. Dah tak kisah sangat niat nak tarik rezeki. Ia jadi rutin yang tak boleh ditinggalkan.
Ha, masa ni, tunggulah. Macam-macam rezeki masuk tanpa diduga dan diminta. Macam-macam perkara best menyerbu masuk dalam hidup kita. Ada saja Allah nak bagi. Ada saja hadiah Allah nak kirimkan.
Membuatkan kita kelu tanpa bicara. Allahu...baiknya Allah kan? Nikmat yang mana satu lagi ingin didustakan?
Alhamdulillah. Syukur selalu 😍
Salam Sayang
Ida Hani Ali
8.2.2016
Sunday, 7 February 2016
Cipta Kejayaan Bermula Dari Zero
Teringat pesan seorang sahabat merangkap customer yang order buku. Pesannya begini,
"Kalau nak berjaya, jangan malu tonjolkan diri kita siapa. Kalau malu, macamana nak berjaya? Mungkin kita bermula dengan produk orang. Lama-lama keluarlah produk sendiri."
Hari ini, saya menyaksikan banyak peristiwa. Sama ada dari diri sendiri mahupun rakan kenalan. Ya betul, ia benar-benar terjadi. Bermulalah walau dari zero 😊 Moga Allah perkenankan. Amin.
Selamat malam sahabat Syurga!
Salam Kejayaan
Ida Hani Ali
7.2.2016
Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 7.2.2016
Bismillah.
1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat mata yang celik.
2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat bangun dari mati yang seketika.
3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat nadi dan nyawa.
4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat nafas yang disedut dan dihembus.
5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat udara yang nyaman.
6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat cahaya mentari yang bersinar.
7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat Iman dan Islam.
8] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat Ilmu dan Amal.
9] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat perut yang kenyang.
10] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat suami dan anak2 yang dikasihi.
Syukur ya Allah ya Syakur!
Salam Syukur
Ida Hani Ali
7.2.2016
Tuesday, 2 February 2016
Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 2.2.2016
Bismillah.
1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat nyawa hingga saat ini.
2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat Iman dan Islam.
3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas mata yang melihat.
4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat telinga yang mendengar.
5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat hidung yang menghidu.
6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat mulut yang bercakap.
7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat anak2 yang semakin beransur sihat.
Syukur ya Allah. Alhamdulillah terima kasih atas kasih sayang-Mu :-)
Salam Syukur
Ida Hani Ali
2.2.2016
Tips Lonjakkan Sales Bisnes
Nota ini adalah hasil perkongsian dari Puan Reni bt Rahmat di laman FB. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
******************************
Checklist - Check dan Adjust
Kita orang berniaga.
Ada kala sales kencang maut.
Ada kala sales semput.
Mahu salah siapa?
+ Marketing dah buat separuh nyawa.
+ Kelas dah berhabis ribuan ringgit. Masuk kelas sini, masuk kelas sana.
+ Tindakan dah sehabis kudrat. Kalau orang lain tidur 8jam, kita tidur 2 jam je.
+ Duit dah banyak lebur. Segala strategi, teknik, tips sudah di gunakan.
Semangat mula luntur.
Nanti dulu!
Tinggalkan semangat yang berbaki.
Ini bukan pengakhiran hidup.
Mungkin ada perkara basic lain yang kita terlepas pandang.
+ Akibat seronok dan teruja berniaga, solat sering kita abaikan. Dengar sahaja azan, tangan kita masih mengulit kerja-kerja yang tidak berkesudahan.
Sedangkan janji Allah,
"Jaga AKU, pasti AKU jaga urusan kamu"
Beberapa petikan saya terbaca di dalam buku "mudahnya menjemput rezeki".
Tentang seorang yang bekerja menyusun batu, apabila tiba batu terakhir untuk di susun, azan berkumandang. Lantas beliau letakkan batu terakhir tersebut dan bergegas menunaikan solat.
Ini antara ayat-ayat yang terus menusuk ke dalam hati di dalam buku tersebut.
"Jika saya menghabiskan batu terakhir tersebut, ini bermaksud saya memBESARKAN batu tersebut bukan memBESARKAN Allah"
--- PAUSE ---
Apabila ralit berniaga, terkadang kita terleka.
Kita kata Allah first. Tapi perbuatan kita, Allah last.
Pengajarannya Allah berikan sales yang slow.
Tapi kita masih pura-pura tidak nampak.
Mencari mana silap yang mahu di betulkan.
Hingga terlupa mahu betulkan diri sendiri.
Itu lah kita.
Manusia yang pendosa,
Yang sering bergantung harap pada manusia.
Pada tools. Pada strategi. Pada tips dan trick.
Sedangkan Allah dah tunjuk,
Sebaik-baik strategi marketing adalah strategi marketing dengan AKU.
+ Solat awal waktu
+ Bersedekah
+ Menjaga keharmonian hubungan sesama manusia
+ Dhuha
+ Tahajjud
+ Taubat
Muhasabah.
Itu sebaik-baik tindakan.
#notadiri
******************************
Salam Berniaga
Ida Hani Ali
2.2.2016
Pilihan Di Tangan Sendiri
Assalamualaikum wbt semua :-)
Sahabat,
Dalam hidup manusia, pelbagai peristiwa yang terjadi dan ditempuhi. Ia terbina atas dasar kesenangan, kepayahan, kedukaan dan kegembiraan. Bercampur gaul dengan sejuta perasaan.
Diwarnai dengan kehadiran ibu ayah, pasangan, anak2, guru2, kawan2, malah musuh dan lawan. Kukuh atau rapuh hidup ini bergantung pada akidah, pegangan, kefahaman dan sistem kepercayaan.
Justeru, kehidupan yang bagaimana yang kita mahukan? Adakah ingin berakhir di dunia sahaja atau ingin kekal bahagia untuk di bawa ke kampung akhirat?
Koreksi diri..
Salam Muhasabah
Ida Hani Ali
2.2.2016
Sunday, 31 January 2016
Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 31.01.2016
Bismillah.
1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat celik mata hari ini.
2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat sedutan dan hembusan udara.
3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat jari jemari yang boleh digerakkan untuk menaip dan membuat kerja.
4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas tulisan dalam Jurnal Syukur ini.
5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas perasaan menjadi seorang isteri dan CEO rumah :-)
6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat perasaan seorang mama kepada 2 hero :-)
7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas peluang Faizin kembali ke sekolah selepas cuti seminggu kerana kurang sihat.
Syukur ya Allah ya Syakur!
Salam Syukur
Ida Hani Ali
31.01.2016
Tips Buat Target Dalam Bisnes
Ini perkongsian tulus dari Jutawan Raffelinna (Felinna dan suaminya). Jom baca dan amalkan kepada sesiapa yang sedang berniaga :-)
******************************
Macamna Raffelinna boleh menjual
-inchloss 1.5 juta botol 6 Bulan?
-PMCVC 500k kotak 3 bulan ?
-Caliph Jus minda 1juta botol 12 bulan ?
Soalan:
Macamna nak pastikan kita capai target jualan?
Ok macam ni.
1) Perkara pertama adalah Yakin! Yakin yg berkat doa and usaha kita boleh.
2) Yang ke 2 pastikan kita dah ikut semua yg Wajib. Solat-Aurat-zakat-ibu bapa semua dijaga dengan baik supaya rezeki mudah masuk. Tak jaga yg ni. Macamna dasyat skills kita pakai pon tak berguna.
3) Buat kiraan jelas berapa banyak kita perlu menjual. Perlu ada target jangka masa panjang dan pendek.
Target pendek:
Contoh kiraan:
1) Dalam tempoh sebulan nak sasarkan jualan 300 botol / helai baju
Maka: 300 bahagi 30 hari = 10 Botol sehari perlu dijual.
Jadi kita tahu setiap hari kita perlu jual 10botol. Kalau tak cukup jual 10 botol kena bawa baki ke depan.
Contoh hari ni jual 8botol. So ada balance 2 botol tak dijual.
Maka besok kena jual 10 botol + 2 botol yg semalam tak jual.
Target panjang :
Buat kiraan yg sama tapi bahagi kepada tahunan.
Paham kan. Yg paling utama bukan lah kira kira tapi disiplin kita dalam menjual.
Bila separuh hari kita nampak belum nampak bayang nak capai target kita kena kelam kabut. Pikir lah cara macam macam utk menjual.
Dengan target kita ada misi yg lebih jelas. No such thing as meniaga suka suka.
Nak berniaga biar kaya and biar bermanfaat utk semua. Kena tanam dalam diri macam tu baru kita akan push kepada kejayaan.
Nampak mudah kiraan ini kan? Hanya kiraan tolak tambah bahagi budak sekolah rendah.Tapi berapa ramai antara anda yg buat? Sebab kita selalu lupa. Menjadi peniaga bukan sekadar menjual. Ia lebih dari tu! Strategy menghidupkan perniagaan. Jadilah peniaga yg bijak merancang strategy.
Siapa sentap? Mintak maaf.
#tipsfelinnanadea
#mencarikejayaan
******************************
Salam Kejayaan
Ida Hani Ali
31.01.2016
Cintai Allah Ar-Razzaq (Pemberi Rezeki)
Assalamualaikum wbt.
Salam terakhir di bulan Januari 2016.
Buat renungan. Seorang salafi berkata, "Tidak ada sesuatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba, setelah kecintaan berjumpa dengan Allah kecuali banyak sujud."
Jom cintai Allah dan banyakkan sujud yang khusyuk :)
******************************
Jangan dirisau dengan rezeki hari ini. Allah dah tentukan bagaimana dan banyak mana. Buka kuncinya dengan bersyukur. Dan teruskan dengan berdoa, berusaha dan bertawakal. InsyaAllah ia akan sentiasa mewah dan melimpah ruah lagi berkat.
"Rezeki kan Allah yang bagi. Jangan risaulah."
******************************
Salam Tarbiah
Ida Hani Ali
31.01.2016
Saturday, 30 January 2016
Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 30.01.2016
Bismillah..
1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kehidupan ini.
2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat ujian kesihatan buat kami sekeluarga.
3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat masa untuk melayan keperluan suami dan anak-anak.
4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat stok buku Suri Profesional yang dah selamat diterima.
5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat makanan minuman yang sedap-sedap dan mengenyangkan.
6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat macam-macam rezeki perasaan yang Engkau hadiahkan.
7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat ingatan untuk mengingati-Mu walau dalam apa keadaan sekali pun.
Syukur ya Allah!
Salam Syukur
Ida Hani Ali
30.01.2016
Buku Suri Profesional Selamat Tiba
Alhamdulillah Syukur yang tidak terhingga. Buku SURI PROFESIONAL dah selamat mendarat dengan jayanya. Dah khatam pun dalam tempoh kurang 24 jam 😊
Terima kasih pada rakan penulis lain atas perkongsian input yang bermanfaat. Semoga jadi ilmu yang berkat dan amal jariah yang terus mengalir. Amin.
Buat suri-suri yang gojes, jom selesaikan konflik emosi dan keyakinan diri melalui tips yang dikongsikan dalam buku SURI PROFESIONAL. InsyaAllah.
Saya boleh, anda pasti boleh!
Salam Kejayaan
Ida Hani Ali
30.01.2016
Bangkit Dan Terus Berkongsi
Assalamualaikum wbt sahabat.
Bulan ini (Januari 2016), Allah uji dengan pelbagai amukan rasa. Allahuakbar! Sehingga rasa jauh untuk menulis dan berkongsi. Hati disinggah dengan rasa galau. Lalu, Allah juga hantar seseorang untuk mengingatkan.
"Selagi ada kebaikan dan tidak melanggar syarak. Teruslah membaca untuk ilmu. Teruslah menulis untuk berkongsi. Sebagai peringatan diri sendiri. Dan bonus kepada orang lain yang sedang mencari."
MasyaAllah. InsyaAllah.
Kita harus terus bergerak. Meninggalkan kesedihan di belakang. Maju ke hadapan dengan rasa gembira. Berjalan dan berlari di atas bumi Tuhan yang luas terbentang. Asalkan tetap berada di atas landasan. Jangan mengalah dan jangan berhenti. Kerana kita punya potensi diri tersendiri. Yakin dan percayalah!
Salam Motivasi
Ida Hani Ali
30.01.2016
Wednesday, 6 January 2016
Tips Minda : Tulis Impian
TULISLAH
Apa khabar impian hari ini? Statik ke bergerak?
Jangan simpan impian diam-diam dalam kepala. Jangan sampai jadi pekasam. Tuliskan impian walau bermula sekadar mimpi. Lama-lama ia akan diterjemah dalam bentuk doa, usaha dan tawakal.
InsyaAllah. Sikit masa lagi tercapailah impian tu 😊 Dengan izin Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin.
Assalamualaikum sahabat! 😉
Lakar Impian Bermula Di Minda
Salam Impian
Ida Hani Ali
06.01.2016
Tuesday, 5 January 2016
Buku Suri Profesional
SURI PROFESIONAL
Alhamdulillah syukur pada-Mu ya Allah.
Permulaan 2016 yang mengujakan. Sungguh teruja! InsyaAllah. Sedikit masa saja lagi bakal keluar dari gudang.
Buku Suri Profesional (SP), menangani konflik dan keyakinan diri seorang suri. Hasil perkongsian 4 orang suri. Pelbagai tips dan petua menjadi suri di alaf moden 😊
Menampilkan 4 Penulis :
+ Ida Hani Ali
+ Onny Mustaffa
+ Era Adlina A. Kadir
+ Huwaida Hasbullah
Pre-Order mula dibuka sekarang. Terima kasih semua :-)
#suriprofesional
Salam Profesional
Ida Hani Ali
05.01.2016
Tips Minda : Kuasa Tindakan
BERTINDAK
Semakin kuat kita berusaha dan bertindak, semakin kreatif otak kita berfikir untuk sampai ke garisannya. Jangan tunggu lama2 untuk berkerja keras.
Mulakan sekarang!
2016..breakthrough semua ketakutan. Bangkitkan keberanian. Hanya yang berani akan berjaya 😊 Teruskan jalan..
Dengan izin Allah.
Salam Berani
Ida Hani Ali
05.01.2016
Monday, 4 January 2016
Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 04.01.2016
Ya Allah,
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas segala-gala nikmat, rezeki, pemberian, kurniaan dan limpahan-Mu. Jadikan kami semua, hamba-Mu yang sentiasa bersyukur. Mensyukuri setiap satu anugerah-Mu. Terima kasih Allah. Alhamdulillah ya Syakur :)
Good nite semua sahabat!
Salam Syukur
Ida Hani Ali
04.01.2016
Tips Minda : Hidup Mesti Berani
HAKIKAT KETAKUTAN
Seorang sahabat berpesan,
Tiada ketakutan dalam hidup ini bila kita bersandar semata-mata kepada Allah SWT.
Jika ada perasaan takut, hadapi ketakutan itu. Berdepan dengan ketakutan tersebut. Timbulkan rasa berani untuk lawan, lawan dan lawan rasa takut yang menghantui diri.
Misalnya, takut suasana gelap. Takut gagal dalam bisnes / kerjaya. Takut untuk buat perubahan hidup. Takut untuk drive kereta.
Hakikat sebenarnya ialah takut hanya pada Dia dan azab neraka-Nya. Itulah ketakutan paling nyata yang perlu kita buat persiapan dari saat ini!
Hapuskan KETAKUTAN.
Wujudkan KEBERANIAN.
Assalamualaikum dunia. Salam magnet rezeki buat semua 😊
#IdaJutawanBuku
#mudahnyamenjemputrezeki
Salam Berani
Ida Hani Ali
04.01.2016
Sunday, 3 January 2016
Journal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 03.01.2016
Assalamualaikum wbt sahabat gojes :)
Lagi gojes kalau kita jadi hamba Allah yang bersyukur kan ;)
1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat nyawa dan nafas hari ini 03.01.2015.
2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat darah yang mengalir dalam tubuh badan.
3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat oksigen hingga ke kepala.
4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat karbon dioksida yang bebas keluar dari tubuh badan.
5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat semua pancaindera yang berfungsi dengan jayanya.
6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat si hero Faizin dah mula bersekolah di Al-Baghdadi Playtime Center.
7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat breakfast di luar dengan cik abe dan hero Al Fateh lepas hantar Faizin ke sekolah.
Alhamdulillah syukur. Terima kasih ya Allah atas setiap nikmat-Mu. Berkati kami ya Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin.
Salam Syukur
Ida Hani Ali
03.01.2016
The Power of Sujud
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara zahirnya telah menunjukkan “rasa hina diri” seseorang hamba itu di depan Tuhan Yang Maha Esa, Allah 'Azza Wajalla.
Dalam keadaan sujud, kita tunduk mencium bumi dengan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa 'Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon segala pertolongan'.
Sungguh, inilah di namakan 'penyerahan jiwa paling tinggi' oleh seorang peminjam kepada Pemiliknya.
Selamat malam semua :)
Salam Sujud
Ida Hani Ali
03.01.2016
Tips Minda : Fikir Positif
Cikgu pesan lepas bengkel penulisan hari tu.
'Ok balik ni rehat sehari dulu, lepas tu terus sambung buat kerja. Buat research dan penulisan.'
Kira macam ambil mood hibernasi sebagai refreshment. Tapi, sehari saja rehat. Jangan lebih-lebih nanti badan lemau dan mood pun ke laut.
Kadangkala, bila orang bagitau kita tak percaya. Dah buat, baru rasa sendiri dan tau hasilnya.
Maksudnya, bila Cikgu cakap tu ada sebabnya. Macam mak ayah kita. Kita rasa banyaknya mak ayah ni membebel tapi sebenarnya ada sebab mereka bising-bising.
Yang penting, jangan ambil mudah sangat. Dan jangan fikir negatif pula tapi ambil positif boleh :-)
Hidup ini akan sentiasa indah andai apapun yang berlaku, kita melihatnya dari sudut fikiran yang positif. Tak mustahil, tindak balas kita juga turut ikut positif. Dan hasilnya sudah tentu positif.
Assalamualaikum kawan-kawan yang positif :)
Salam Positif
Ida Hani Ali
03.01.2016
Saturday, 2 January 2016
Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 02.01.2016
Assalamualaikum wbt.

Syukur itu nikmat.
Syukur pada yang ada itu biasa.
Syukur pada yang tiada itu luar biasa.
Mampukah kita menjadi hamba-Nya yang sungguh luar biasa?
1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat nyawa pada hari ini 02.01.2016.
2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat sinaran mentari hari kedua 2016.
3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat tenaga menyediakan sarapan bihun goreng dan keropok ikan untuk famili.
4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat masa lunch dan dinner satu famili.
5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat masa berkualiti bershopping dengan suami dan hero-hero.
6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat ingatan esok Faizin akan mula bersekolah 😄
7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat membaca buku 'Bisnes Cara Kami'.
Syukur terima kasih Allah Yang Maha Pemurah 😌
Salam Syukur
Ida Hani Ali
02.01.2016
Tips Minda : Kebergantungan Kepada Allah SWT
Ada orang pesan pada saya.
Dia kata, hidup ni sebenarnya mudah sangat. Kenapa suka nak rumit-rumitkan keadaan. Kuncinya ialah serah semua perkara pada Yang Maha Kuasa. Biar DIA yang uruskan semua. Buat apa nak sesakkan kepala fikir semua benda.
Erk, betul tu. Jadi saya pun tolong sampaikan pada kawan-kawan yang lain..
Point pentingnya ialah kepada Allah SWT tu mesti letak setinggi-tingginya'. Bahasa mudahnya TAWAKAL.
Itu sahaja. Mindset kena tepat 😊
#Allahtempatmeminta
Salam Tawakal
Ida Hani Ali
02.01.2016
The Power of Istighfar (Taubat)
SEMPIT
Pernah tak rasa sempit memanjang? Minda sempit, fikiran sempit, hati sempit, rezeki sempit. Serba serbi sempit. Ish..ish..ish..
Kesian kan kalau kita asyik tersepit dengan keadaan sempit ni. Agaknya apa solusinya?
Tok guru pesan, banyakkan istighfar. Banyakkan solat sunat taubat. Cuci betul-betul diri kita dengan sabun taubat. Bukan setakat guna antabax ke dettol ke. Gitu!
InsyaAllah. Apa yang sempit semakin lapang dan bertambah-tambah luas. Sungguh, Allah Maha Menyempitkan. Allah jua Maha Melapangkan dan Maha Meluaskan 😊
Assalamualaikum. Salam magnet rezeki semua! 😍
#mudahnyamenjemputrezeki
Salam Rezeki
Ida Hani Ali
02.01.2016
Friday, 1 January 2016
Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 01.01.2016
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ;-)
Tahun Baru.
Hari Baru.
Azam Baru.
Dan segala-galanya mahu serba baru.
"SELAMAT TAHUN BARU. HAPPY NEW YEAR 2016."
1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat nafas di tahun baru ini 01.01.2016.
2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat bangun pagi tadi terus rasa semangat yang membara-bara. Tolong Ya Allah, kekalkan ia sampai bila-bila.
3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat sarapan pagi yang dibuat oleh air tangan sendiri cekodok kembung manis hasil resepi dari emak (mudah sangat!).
4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat 2 bungkus nasi lemak yang dapat free dari masjid sebagai menu sarapan pagi juga.
5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat energi menulis impian demi impian dalam buku dan pasti akan terus mencari keajaiban di sebalik 'lakaran dan tulisan impian' tersebut.
6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat 'sesak' dan 'tepu' nya minda dengan pelbagai idea dan ilham yang lebat mencurah-curah untuk direalisasikan sepanjang tahun 2016 (insyaAllah).
7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kisah permulaan tahun baru yang bahagia.
Alhamdulillah ya Allah ya Syakur ;-)
Berikut adalah status saya di FB pagi tadi. Berbunga-bunga hati di awal pagi 2016. Betapa semuanya milik Allah SWT.
*****************************************************
Didoakan tahun ini lebih berharga dan memberi makna. Terutama menjadi khalifah Allah yang unggul. Menjadi ummah yang cemerlang, gilang gemilang dan terbilang.
Amin Ya Rabbal 'Alamin. Allah Ya Mujib.
Salam Syukur
Ida Hani Ali
01.01.2016
Tahun Baru.
Hari Baru.
Azam Baru.
Dan segala-galanya mahu serba baru.
![]() |
Sumber : Uncle Google, 2016 - Bahagia, sukses dan untung ;-) |
"SELAMAT TAHUN BARU. HAPPY NEW YEAR 2016."
1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat nafas di tahun baru ini 01.01.2016.
2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat bangun pagi tadi terus rasa semangat yang membara-bara. Tolong Ya Allah, kekalkan ia sampai bila-bila.
3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat sarapan pagi yang dibuat oleh air tangan sendiri cekodok kembung manis hasil resepi dari emak (mudah sangat!).
4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat 2 bungkus nasi lemak yang dapat free dari masjid sebagai menu sarapan pagi juga.
5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat energi menulis impian demi impian dalam buku dan pasti akan terus mencari keajaiban di sebalik 'lakaran dan tulisan impian' tersebut.
6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat 'sesak' dan 'tepu' nya minda dengan pelbagai idea dan ilham yang lebat mencurah-curah untuk direalisasikan sepanjang tahun 2016 (insyaAllah).
7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kisah permulaan tahun baru yang bahagia.
Alhamdulillah ya Allah ya Syakur ;-)
Berikut adalah status saya di FB pagi tadi. Berbunga-bunga hati di awal pagi 2016. Betapa semuanya milik Allah SWT.
*****************************************************
01.01.2016 | LEMBARAN BARU
Lembaran buku baru telah bermula. Tinggallah jejak-jejak tahun 2015. Banyak kenangan, pengalaman, pelajaran dan pengajaran yang sangat sangat berharga.
Alhamdulillah syukur. Terima kasih Allah ya Syakur.
Misi dan visi 2016 diteruskan dengan semangat yang jitu. InsyaAllah dengan kudrat diizin Allah SWT.
Assalamualaikum wbt sahabat jutawan. Salam Jumaat yang paling indah di Tahun Baru. Jom kita jadi magnet rezeki yang berkat dan lebat. 😌
Amin Ya Rabbal 'Alamin. Allah Ya Mujib.
Salam Syukur
Ida Hani Ali
01.01.2016
Kisah Pemuda Syurga Dengan 3 Amalan
Marilah kita perbaiki iman dan amalan kita. Juga menjaga silaturrahim sesama insan.
InsyaAllah 😌
**************************************************************
InsyaAllah 😌
**************************************************************
3 Amalan Seorang Pemuda Hingga Di Sebut Ahli Syurga? Bagaimanakah Dengan Hanya 3 Amalan Beliau Digelar Ahli Syurga?
“Di salah satu sudut Masjid Nabawi terdapat satu ruang yang kini digunakan sebagai ruang khadimat.
Dahulu di tempat itulah Rasulullah SAW sentiasa berkumpul bermusyawarah bersama para Shahabatnya radhiallaahu ‘anhum. Di sana Baginda Rasulullah SAW memberi taushiyyah, bermudzakarah, dan ta’lim. Suatu ketika, saat Rasulullah SAW memberikan taushiyyahnya, tiba-tiba Baginda SAW berucap,
“Sebentar lagi akan datang seorang pemuda ahli Syurga.”
Para Shahabat r.hum pun saling memandang antara satu sama lain, di sana ada Abu Bakar Ash Shiddiqradhiallaahu ‘anhu, Utsman bin Affanradhiallaahu ‘anhu, Umar bin Khattabradhiallaahu ‘anhu, dan beberapa Shahabat lainnya.
Tak lama kemudian, datanglah seorang pemuda yang kelihatan sangat sederhana. Pakaiannya sederhana, penampilannya sederhana, wajahnya masih basah dengan air wudhu.
Di tangan kirinya memegang sandalnya yang sederhana juga. Di kesempatan lain, ketika Rasulullah SAW berkumpul dengan para Shahabatnya, Beliau Rasulullah SAW pun berucap,
“Sebentar lagi kalian akan melihat seorang pemuda ahli Syurga.”
Dan pemuda sederhana itu datang lagi, dengan keadaan yang masih tetap sama, sederhana. Para Sahabat yang berkumpul pun mula hairan, siapa dengan pemuda sederhana itu? Bahkan hingga kali ketiga Rasulullah SAW mengatakan hal yang sama.
Bahwa pemuda sederhana itu adalah seorang ahli Syurga. Seorang Shahabat, Mu’adz bin Jabbalradhiallaahu ‘anhupun berasa penasaran. Amalan apa yang dimiliki pemuda itu sampai Rasul menyebutnya pemuda ahli Syurga?
Maka Mu’adzradhiallaahu’anhu berusaha mencari Jawapan. Ia berdalih sedang bertengkar dengan ayahnya dan meminta izin untuk menginap beberapa malam di kediaman si pemuda tersebut. Si pemuda pun mengizinkan. Dan mulai saat itu Mu’adz mengamati setiap amalan pemuda tersebut.
Malam pertama, ketika Mu’adz bangun untuk tahajud, pemuda tersebut masih terlelap hingga datang waktu shubuh. Pada waktu shubuh, mereka bertilawah. Diamatinya bacaan pemuda tersebut yang masih tidak lancar, dan tidak begitu fasih. Ketika masuk waktu dhuha, Mu’adz bergegas menunaikan solat dhuha, sementara pemuda itu tidak.
Keesokkannya, Mu’adz kembali mengamati amalan pemuda tersebut. Malam tanpa tahajjud, bacaan tilawah tidak lancar dan tidak begitu fasih, serta di pagi harinya tidak solat dhuha. Begitu pun di hari ketiga, amalan pemuda itu masih tetap sama. Bahkan di hari itu Mu’adz shaum sunnah, sedangkan pemuda itu tidak shaum sunnah.
Mu’adz pun semakin hairan dengan ucapan Rasulullah SAW. Tidak ada yang istimewa dari amalan pemuda itu, tetapi Baginda SAW menyebutnya sebagai pemuda ahli Syurga. Hingga Mu’adz pun langsung mengungkapkan kehairanannya pada pemuda itu.
“Wahai Saudaraku, sesungguhnya Rasulullah SAW menyebut-nyebut engkau sebagai pemuda ahli Syurga.
Tetapi setelah aku amati, tidak ada amalan istimewa yang engkau amalkan. Engkau tidak tahajjud, bacaanmu pun tidak begitu fasih, pagi hari pun kau lalui tanpa solat dhuha, bahkan shaum sunnah pun tidak. Lalu amal apa yang engkau miliki sehingga Rasul SAW menyebutmu sebagai ahli surga?”
“Saudaraku, aku memang belum mampu tahajjud.
Bacaanku pun tidak fasih. Aku juga belum mampu solat dhuha. Dan aku pun belum mampu untuk shaum sunnah. Tetapi ketahuilah, sudah beberapa minggu ini aku berusaha untuk menjaga tiga amalan yang baru mampu aku amalkan.”
“Amalan apakah itu?”
“Pertama, aku berusaha untuk tidak menyakiti orang lain. Sekecil apapun, aku berusaha untuk tidak menyinggung perasaan orang lain. Baik itu kepada ibu bapakku, isteri dan anak-anakku, kerabatku, tetanggaku, dan semua orang yang hidup di sekelilingku.
Aku tak ingin mereka tersakiti atau bahkan tersinggung oleh ucapan dan perbuatanku.”
Kisah Pemuda Ahli Syurga itu.
“Subhanallah…kemudian apa?”
“Yang kedua, aku berusaha untuk tidak marah dan memaafkan. Kerana yang aku tahu bahwa Rasullullah tidak suka marah dan mudah memaafkan.”
“Subhanallah…lalu kemudian?”
“Dan yang terakhir, aku
berusaha untuk menjaga tali silaturrahim. Menjalin hubungan baik dengan siapapun. Dan menyambungkan kembali tali silaturrahim yang sudah terputus.”
“Demi Allah…engkau benar-benar ahli Syurga.
Ketiga amalan yang engkau sebut itulah amalan yang paling sulit aku amalkan.”
~Wallahu a’lam. Semoga Memberi Pengajaran Kepada Kita Semua.
#copypaste (al-Fatihah untuk Penulis yang mencoretnya)
![]() |
Sumber : Uncle Google. Menjaga dan menunaikan hak orang lain itu juga dituntut oleh agama ;-) |
Salam Tarbiah
Ida Hani Ali
01.01.2016
Jurnal Syukur : Tahun 2015
Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat. Salam Tahun Baru 2016 yang penuh semangat waja.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi atas hadirnya 2016 dan telah berlalunya 2015. Pelbagai kenangan, pengalaman, pelajaran dan pengajaran yang sangat-sangat berharga. Pantasnya masa berlalu umpama kerdipan mata sekali lalu. Rupanya telah setahun (12 bulan, 365 hari) diharungi.
Lantas, saya teringat kenangan di pagi hari di tahun baru tahun lepas, 2015. Ketika enak menikmati juadah sarapan pagi bersama keluarga. Sambil makan sambil menonton TV rancangan pagi di ruang dapur. Rancangan bual bicara tentang peneguhan sistem pendidikan di Malaysia. Isu yang diutarakan membincangkan betapa peri pentingnya memperolehi keputusan yang cemerlang di peringkat sekolah untuk kelangsungan pembelajaran hingga ke Universiti. Tiba-tiba,
"Ala, tak payah belajar tinggi-tinggi lah, nanti duk rumah je."
Sungguh, hati mana yang tak tersentap bila dengar ayat macamni walaupun tak cakap secara direct ditujukan pada saya. Namun, hakikatnya begitulah kerana situasinya sama dengan yang saya laluinya. Berhari-hari dan sehingga ke hai ini sebenarnya, kata-kata itu masih terngiang-ngiang di hakwa telinga ini. Lalu, suami syurga memujuk supaya jadikan kata-kata itu sebagai cabaran untuk 2015.
Alhamdulillah, ternyata Allah Maha Mendengar segala-galanya. Tahun 2015 seolah-olah tahun kebangkitan dari kemunduran. Ibarat Allah layangkan satu-persatu keinginan di hati dan diletakkan di depan mata. Ya Allah, syukur sangat. Dan Allah juga mengajar saya keajaiban 'menulis impian'. Bermula dari lakaran impian di minda dan ditransformasi di atas sekeping kertas seterusnya diterjemah oleh doa, tawakal, usaha serta istiqamah. Tetapi, ada juga sikap bertangguh-tangguh lagi huhuhu (ambil ini sebagai cabaran 2016).
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.
Di sini, nak kongsi sedikit keberhasilan tahun 2015 ;-)
1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kehidupan sepanjang tahun 2015 yang awesome.
2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat seorang putera yang membesar dengan sihat wal'afiat, bijak bestari, lincah ligat, soleh dan bakal pejuang Islam al-hafidz Muhammad Al Fateh bin Mohd Fazmi yang lahir pada 5 November 2014.
3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat terbitnya buku Allah Tempat Meminta (ATM) pada awal Februari 2015 iaitu buku kompilasi 40 cerita dari 40 penulis yang mana saya salah seorang penulis kisah 02.
4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat bermulanya perjalanan sebagai peniaga buku-buku motivasi dan tarbiah.
5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat menjadi editor / co-author untuk buku motivator tanahair iaitu Coach Rozi Saari (CRS) berkaitan 'Mind Power'.
6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat sesi perkongsian dalam Seminar Allah Tempat Meminta di UTM, Skudai selama 1 jam.
7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat mengembalikan hobi suka membaca buku ilmiah dan mula mengumpul balik buku-buku untuk mini library di rumah sendiri.
8] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat aktif berkongsi motivasi dan inspirasi di laman-laman sosial dan mula berjinak-jinak menjadi penulis buku.
9] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat ruang dan peluang menambah ilmu dalam bidang mind power, NLP, penulisan blog dan buku.
10] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat hasil karya yang dimuatkan dalam buku 'Suri Profesional' ber'JV' dengan 3 penulis lain yang bakal terbit sedikit masa lagi.
11] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kejayaan 41 katon kuih raya yang terjual selama 2 bulan sepanjang Ramadhan dan Syawal 2015.
12] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat iman, Islam dan amal. Semoga menjadi ibadat yang diterima-Mu.
13] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kesihatan, kebahagiaan dan kehidupan bersama keluarga tercinta.
14] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat menjadi suri kepada suami dan mama mithali kepada Faizin dan Al Fateh 24 jam sehari.
15] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat homeschool Faizin selama ini dan continue breastfeed Al Fateh sehingga 1 tahun 2 bulan ini.
16] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat rezeki yang macam-macam bentuk malah duit aktif keluar masuk dari pelbagai arah.
17] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat rasa ingin menggembirakan mak abah dan ingin membuatkan mereka rasa bangga dengan saya.
18] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat rasa ingin menunaikan hak orang lain dengan lebihkan memberi apa yang diperolehi.
19] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kesedaran menerap sifat mahmudah ssetiap hari dan sedaya upaya membuang sifat mazmumah.
20] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat rasa diri semakin hari semakin baransur pulih dari cengkaman kisah-kisah silam yang perit dan pahit.
21] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat idea dan ilham yang mencurah-curah untuk mengharungi tahun 2016.
Oh, sebenarnya tak tertulis segala nikmat yang Allah kurniakan selama hidup ini. Itu baru tahun 2015, walaupun banyak lagi yang ingin disenaraikan. Jadi, mengapa kita masih tidak mampu menjadi hamba Allah yang bersyukur? Astaghfirullah hal 'azim...
Marilah kita sentiasa beringat-ingat bahawa kita hanya hamba-Nya.
Selamat tinggal 2015. Selamat datang 2016 yang gilang gemilang ;-)
Sekian, Wassalam.
Salam Syukur
Ida Hani Ali
01.01.2016
![]() |
Sumber : Uncle Google. Welcome 2016! |

Sumber : Uncle Google. Good Bye 2015! |
Sekian, Wassalam.
Salam Syukur
Ida Hani Ali
01.01.2016
Subscribe to:
Posts (Atom)