Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara zahirnya telah menunjukkan “rasa hina diri” seseorang hamba itu di depan Tuhan Yang Maha Esa, Allah 'Azza Wajalla.
Dalam keadaan sujud, kita tunduk mencium bumi dengan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa 'Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon segala pertolongan'.
Sungguh, inilah di namakan 'penyerahan jiwa paling tinggi' oleh seorang peminjam kepada Pemiliknya.
Selamat malam semua :)
Salam Sujud
Ida Hani Ali
03.01.2016
No comments:
Post a Comment