Salam malam Jumaat sahabat.
Peringatan di kala waktu pagi. Pagi-pagi dah terus tengok phone. Tapi, Quran dah dibuka ke belum? Dah dibaca?

Tok guru pesan, sebelum subuh atau sejurus lepas subuh terus tatap Quran dulu. Sebab nak serap semangat positif. Sumber terbaik adalah Quran.
Kalamullah. Bait ayat-Nya yang suci dan positif. Mana ada yang negatif. Dah tak perlu ditapis-tapis.
Andai mulakan hari cari semangat di FB misalnya. Masih ada yang negatif. Kalau hati tak kuat, mudah terjebak emosi tak baik. Paling sedih, merebak melarat sepanjang hari.
Solusi, sediakan perisai sejak subuh lagi. Tatap, baca dan hadam motivasi terus dari Allah. InsyaAllah perkara lain Allah pelihara.
Salam Barokah 17.3.2016
Ida Hani Ali
Ida Hani Ali
No comments:
Post a Comment