Thursday, 17 March 2016

Tips Keluar Dari Ujian yang Menghimpit

Ini kisah beberapa minggu lepas. Suami syurga berjumpa bekas ustaz kami masa bersekolah menengah di Subang Jaya. Saya namakan Ustaz K.
Beliau dijemput sebagai penceramah jemputan dalam program yang dianjurkan oleh persatuan suami.
Ustaz K ini seorang yang gigih. Sebab dalam usianya itu (tak pasti berapa tapi mesti dah jauh meninggalkan kami hehe), masih bertungkus lumus siapkan tesis PhD. Keluarganya besar. Ada 7 orang anak ðŸ˜Š
Sebagai individu yang dah banyak makan asam garam. Banyak tips yang dikongsikan kepada suami. Sebab tuan suami jadi bodyguard beliau sepanjang program.
Satu tips yang dikongsikan kalau kita rasa terhimpit dan tersepit dengan ujian duit. Atau apa-apa ujian sekalipun, satu amalan jangan ditinggalkan. Maksudnya, kena buat juga!
"Baca surah al-Waqiah setiap malam. Setiap malam jangan miss."


Pernah satu situasi, Allah selesaikan ujian Ustaz K dengan RM25K! Macam turun dari langit kan..Dan macam-macam bentuk pertolongan yang tak dapat diceritakan. Speechless mungkin..
Semua orang tau, surah tersebut terkenal sebagai surah kekayaan (Ghaniy). Tapi, orang selalu fikir untuk kaya raya tang duit saja. Realitinya, Allah boleh bagi pelbagai bentuk kekayaan.
Salah satunya, mestilah kaya jiwa. Ujian macamana pun datang bertimpa-timpa, kita mudah syukur, sabar, redha dan akhirnya rasa lapang dada.
Soalnya, betapa tinggi tawajjuh kita kepada Allahussamad? Kalau baca al-Waqiah tanpa rasa, tak jadi juga kawan! Itu sebab sampai bila-bila Allah tak turunkan bantuan..
Jadi jangan tanya, 'Kenapa Allah tak bantu aku?'
Nota : Jom istiqamah amal baca surah al-Waqiah ya kawan-kawan ;-) 

😊
Salam Muhasabah 17.3.2016
‪Ida Hani Ali‬

No comments:

Post a Comment