Bismillah.
'Ya Allah, layakkah aku?'
Kanta mata kasar akan menjawab 'tidak'. Namun, kanta mata hati menjawab 'mengapa tidak'.
Lantas, ikutlah gerak hati yang terlintas.
Setiap kejadian ciptaan Tuhan, ada sebab yang dibentangkan. Bukanlah sesuatu yang sia-sia. Jika kita mahu memikirkan keEsaan-Nya.
Mungkin bukan hari ini hikmah diperolehi. Mungkin juga beberapa tahun akan datang.
Terimalah hakikat bahawa setiap makhluk harus memaknai dan merasai hidup berTuhan.
Tuhan yang Satu, Allah SWT.
Redha. Dan bersedia menerima keputusan Allah sebagai amanah yang harus dibereskan.
'Ya Allah, berikan ku petunjuk-Mu'.
Salam Sayang
Ida Hani Ali
11.2.2016
No comments:
Post a Comment