Saturday, 30 January 2016

Bangkit Dan Terus Berkongsi

Assalamualaikum wbt sahabat. 

Bulan ini (Januari 2016), Allah uji dengan pelbagai amukan rasa. Allahuakbar! Sehingga rasa jauh untuk menulis dan berkongsi. Hati disinggah dengan rasa galau. Lalu, Allah juga hantar seseorang untuk mengingatkan. 

"Selagi ada kebaikan dan tidak melanggar syarak. Teruslah membaca untuk ilmu. Teruslah menulis untuk berkongsi. Sebagai peringatan diri sendiri. Dan bonus kepada orang lain yang sedang mencari."

MasyaAllah. InsyaAllah.

Kita harus terus bergerak. Meninggalkan kesedihan di belakang. Maju ke hadapan dengan rasa gembira. Berjalan dan berlari di atas bumi Tuhan yang luas terbentang. Asalkan tetap berada di atas landasan. Jangan mengalah dan jangan berhenti. Kerana kita punya potensi diri tersendiri. Yakin dan percayalah!


Salam Motivasi
Ida Hani Ali
30.01.2016

No comments:

Post a Comment