![]() |
Sumber : Uncle Google. Welcome 2016! |
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi atas hadirnya 2016 dan telah berlalunya 2015. Pelbagai kenangan, pengalaman, pelajaran dan pengajaran yang sangat-sangat berharga. Pantasnya masa berlalu umpama kerdipan mata sekali lalu. Rupanya telah setahun (12 bulan, 365 hari) diharungi.
Lantas, saya teringat kenangan di pagi hari di tahun baru tahun lepas, 2015. Ketika enak menikmati juadah sarapan pagi bersama keluarga. Sambil makan sambil menonton TV rancangan pagi di ruang dapur. Rancangan bual bicara tentang peneguhan sistem pendidikan di Malaysia. Isu yang diutarakan membincangkan betapa peri pentingnya memperolehi keputusan yang cemerlang di peringkat sekolah untuk kelangsungan pembelajaran hingga ke Universiti. Tiba-tiba,
"Ala, tak payah belajar tinggi-tinggi lah, nanti duk rumah je."
Sungguh, hati mana yang tak tersentap bila dengar ayat macamni walaupun tak cakap secara direct ditujukan pada saya. Namun, hakikatnya begitulah kerana situasinya sama dengan yang saya laluinya. Berhari-hari dan sehingga ke hai ini sebenarnya, kata-kata itu masih terngiang-ngiang di hakwa telinga ini. Lalu, suami syurga memujuk supaya jadikan kata-kata itu sebagai cabaran untuk 2015.
Alhamdulillah, ternyata Allah Maha Mendengar segala-galanya. Tahun 2015 seolah-olah tahun kebangkitan dari kemunduran. Ibarat Allah layangkan satu-persatu keinginan di hati dan diletakkan di depan mata. Ya Allah, syukur sangat. Dan Allah juga mengajar saya keajaiban 'menulis impian'. Bermula dari lakaran impian di minda dan ditransformasi di atas sekeping kertas seterusnya diterjemah oleh doa, tawakal, usaha serta istiqamah. Tetapi, ada juga sikap bertangguh-tangguh lagi huhuhu (ambil ini sebagai cabaran 2016).
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.
Di sini, nak kongsi sedikit keberhasilan tahun 2015 ;-)
1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kehidupan sepanjang tahun 2015 yang awesome.
2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat seorang putera yang membesar dengan sihat wal'afiat, bijak bestari, lincah ligat, soleh dan bakal pejuang Islam al-hafidz Muhammad Al Fateh bin Mohd Fazmi yang lahir pada 5 November 2014.
3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat terbitnya buku Allah Tempat Meminta (ATM) pada awal Februari 2015 iaitu buku kompilasi 40 cerita dari 40 penulis yang mana saya salah seorang penulis kisah 02.
4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat bermulanya perjalanan sebagai peniaga buku-buku motivasi dan tarbiah.
5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat menjadi editor / co-author untuk buku motivator tanahair iaitu Coach Rozi Saari (CRS) berkaitan 'Mind Power'.
6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat sesi perkongsian dalam Seminar Allah Tempat Meminta di UTM, Skudai selama 1 jam.
7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat mengembalikan hobi suka membaca buku ilmiah dan mula mengumpul balik buku-buku untuk mini library di rumah sendiri.
8] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat aktif berkongsi motivasi dan inspirasi di laman-laman sosial dan mula berjinak-jinak menjadi penulis buku.
9] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat ruang dan peluang menambah ilmu dalam bidang mind power, NLP, penulisan blog dan buku.
10] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat hasil karya yang dimuatkan dalam buku 'Suri Profesional' ber'JV' dengan 3 penulis lain yang bakal terbit sedikit masa lagi.
11] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kejayaan 41 katon kuih raya yang terjual selama 2 bulan sepanjang Ramadhan dan Syawal 2015.
12] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat iman, Islam dan amal. Semoga menjadi ibadat yang diterima-Mu.
13] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kesihatan, kebahagiaan dan kehidupan bersama keluarga tercinta.
14] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat menjadi suri kepada suami dan mama mithali kepada Faizin dan Al Fateh 24 jam sehari.
15] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat homeschool Faizin selama ini dan continue breastfeed Al Fateh sehingga 1 tahun 2 bulan ini.
16] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat rezeki yang macam-macam bentuk malah duit aktif keluar masuk dari pelbagai arah.
17] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat rasa ingin menggembirakan mak abah dan ingin membuatkan mereka rasa bangga dengan saya.
18] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat rasa ingin menunaikan hak orang lain dengan lebihkan memberi apa yang diperolehi.
19] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kesedaran menerap sifat mahmudah ssetiap hari dan sedaya upaya membuang sifat mazmumah.
20] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat rasa diri semakin hari semakin baransur pulih dari cengkaman kisah-kisah silam yang perit dan pahit.
21] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat idea dan ilham yang mencurah-curah untuk mengharungi tahun 2016.
Oh, sebenarnya tak tertulis segala nikmat yang Allah kurniakan selama hidup ini. Itu baru tahun 2015, walaupun banyak lagi yang ingin disenaraikan. Jadi, mengapa kita masih tidak mampu menjadi hamba Allah yang bersyukur? Astaghfirullah hal 'azim...
Marilah kita sentiasa beringat-ingat bahawa kita hanya hamba-Nya.
Selamat tinggal 2015. Selamat datang 2016 yang gilang gemilang ;-)
![]() |
Sumber : Uncle Google. Good Bye 2015! |
Sekian, Wassalam.
Salam Syukur
Ida Hani Ali
01.01.2016
No comments:
Post a Comment