Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi Muhammad.
Sedikit perkongsian tentang isu rezeki, yang pasti isu ini terus bersifat evergreen sepanjang hayat. Kupasan ini dipetik daripada slot perbincangan melalui corong radio.
Mari kita hayati, fahami dan dalami hinggake akar umbi. Insya-Allah.

"Ustazah, macam mana nak tekun beramal ibadat dalam usaha menarik rezeki?" soal pemanggil kepada seorang pendakwah dalam satu segmen motivasi.
Sambung si pemanggil lagi,
"Ye la Ustazah, dalam zaman sekarang ni, kita terkejar-kejar buat itu buat ini.
Tambah-tambah dengan keadaan ekonomi yang menuntut kita bekerja lebih masa. Buat part time kerja lagi.
Selalunya keluar dari rumah tak nampak matahari. Balik ke rumah pun matahari dah diganti bulan.
Kadang-kadang, amalannya mana yang 'dan' saja. Kalau tak 'dan' memang tak buat la Ustazah."
Panjang lebar individu itu memberi aduan dalam mengharap solusi.
Lalu, tenang-tenang saja Ustazah itu memberi jawapan (diolah mengikut kefahaman saya sendiri).
Mengapa kita - manusia sanggup berkejar-kejaran dalam usaha mencapai matlamat dunia?
Namun untuk sebaliknya iaitu untuk Pemilik dunia, kita lebih pada sifat sambil lewa. 'Dan' buat, kalau tak 'dan' tak buat.
Dalam konteks ini, kita sedar bahawa terlalu banyak yang perlu kita tanggung untuk kos sara hidup hari-hari.
Andai tak kerja kuat, kita dibelenggu berfikir takut miskin, kelaparan, hutang tak berbayar dan sebagainya.
Mengapa tidak dalam situasi sebegini jadikan kita semakin nak dekat pada Sang Pemilik Rezeki.
Beringat untuk kuat bersolat, bertambah helai ngaji Quran, bertambah baca tafsir, istighfar, zikrullah, sedekah, selawat.
Makin ada gusar dalam hati, makin kita nak pegang kuat-kuat tali tempat kita bergantung harap.
Sungguh ...
Mana ada seorang hamba pun yang Allah akan biarkan merempat, tak cukup makan, kalau dia jaga betul-betul lubuk yang memberi rezeki.
Agaknya kenapa?
Sebab Allah swt itu sifatnya;
Maha Kaya - Al Ghaniy.
Maha Pemberi Rezeki - Ar Razzaq.
Maha Pemberi Kurnia - Al Wahhab.
Maha Pemberi Kekayaan - Al Mughniy.
Subhanallah. Allah pasti membela hamba-Nya.
Dengan keyakinan yang kukuh ini, kita akan sentiasa rasa kaya dan cukup. Sedikit pun kita tak takut jatuh miskin.
Justeru ... cipta masa, ruang dan peluang setiap hari untuk beramal soleh.
Wallahualam.
Ida Hani Ali
23.4.2017
#meminangrezeki

No comments:
Post a Comment