Wednesday, 19 April 2017

Kuncinya Solat Dan Doa Yang Khusyuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Satu hari, seorang sahabat bertanya …

“Ida, nak tak tulis tentang kisah-kisah pertolongan Allah pada golongan terdahulu dan golongan terkemudian?”

Jawab saya sepantas kilat, “Macam menarik je!”

Dalam benak berbisik, ‘A'ah, pernah berhajat untuk ulangkaji kisah para Rasul dan para sahabat rhum. Inilah masanya!'

Saat kau berniat untuk menyelongkar semula kisah-kisah pejuang Islam agar dapat raih cinta Allah dan Rasul, nescaya terpacak rasa kagum dalam hati.

Kerana apa?

Apabila menyelami kisah perjuangan dan pengorbanan mereka. Ketahuilah, kentalnya jiwa pejuang-pejuang zaman Nabi dan para sahabat demi menyebarkan syiar Islam yang syumul.

Ternyata, yang jadikan mereka kuat bukan kerana fizikal. Tetapi mereka berusaha atas Iman dan takwa.
Paksinya adalah kalimah syahadah yang tertanam dalam jiwa. Pengharapan yang menjulang-julang tinggi kepada Al-Khaliq.

Hanya solat dan doa dari hati yang khusyuk sebagai alat berhubung dengan-Nya.

Sungguh … ujian mereka lebih dahsyat.

Namun, pasti bantuan Allah tiba tepat pada saatnya seperti hujan lebat yang mencurah-curah. Keyakinan mereka kepada Allah Yang Maha Esa tiada galang gantinya.

Kerana mereka akan tertanya-tanya dan ternanti-nanti andai pertolongan-Nya masih belum kunjung tiba.
Ada terfikir tak bagaimana kita boleh serap keyakinan mereka?

Ya, solusinya berusaha atas Iman dan takwa. Lebih-lebih lagi sebagai umat Nabi Muhammad SAW di akhir zaman ini.

Meskipun tidak berjuang dengan tombak dan pedang, berjuanglah melawan nafsu diri yang bersarang.

Kuncinya masih sama iaitu solat yang khusyuk dan doa yang yakin.

Sejak itu, lembaran #pertolongandarilangit mula dinukil helai demi helai. Alhamdulillah atas izin-Nya jua.


Image may contain: 1 person, text 

Salam Manis
Ida Hani Ali
19.4.2017 

No comments:

Post a Comment