Marilah kita perbaiki iman dan amalan kita. Juga menjaga silaturrahim sesama insan.
InsyaAllah 😌
**************************************************************
3 Amalan Seorang Pemuda Hingga Di Sebut Ahli Syurga? Bagaimanakah Dengan Hanya 3 Amalan Beliau Digelar Ahli Syurga?
“Di salah satu sudut Masjid Nabawi terdapat satu ruang yang kini digunakan sebagai ruang khadimat.
Dahulu di tempat itulah Rasulullah SAW sentiasa berkumpul bermusyawarah bersama para Shahabatnya radhiallaahu ‘anhum. Di sana Baginda Rasulullah SAW memberi taushiyyah, bermudzakarah, dan ta’lim. Suatu ketika, saat Rasulullah SAW memberikan taushiyyahnya, tiba-tiba Baginda SAW berucap,
“Sebentar lagi akan datang seorang pemuda ahli Syurga.”
Para Shahabat r.hum pun saling memandang antara satu sama lain, di sana ada Abu Bakar Ash Shiddiqradhiallaahu ‘anhu, Utsman bin Affanradhiallaahu ‘anhu, Umar bin Khattabradhiallaahu ‘anhu, dan beberapa Shahabat lainnya.
Tak lama kemudian, datanglah seorang pemuda yang kelihatan sangat sederhana. Pakaiannya sederhana, penampilannya sederhana, wajahnya masih basah dengan air wudhu.
Di tangan kirinya memegang sandalnya yang sederhana juga. Di kesempatan lain, ketika Rasulullah SAW berkumpul dengan para Shahabatnya, Beliau Rasulullah SAW pun berucap,
“Sebentar lagi kalian akan melihat seorang pemuda ahli Syurga.”
Dan pemuda sederhana itu datang lagi, dengan keadaan yang masih tetap sama, sederhana. Para Sahabat yang berkumpul pun mula hairan, siapa dengan pemuda sederhana itu? Bahkan hingga kali ketiga Rasulullah SAW mengatakan hal yang sama.
Bahwa pemuda sederhana itu adalah seorang ahli Syurga. Seorang Shahabat, Mu’adz bin Jabbalradhiallaahu ‘anhupun berasa penasaran. Amalan apa yang dimiliki pemuda itu sampai Rasul menyebutnya pemuda ahli Syurga?
Maka Mu’adzradhiallaahu’anhu berusaha mencari Jawapan. Ia berdalih sedang bertengkar dengan ayahnya dan meminta izin untuk menginap beberapa malam di kediaman si pemuda tersebut. Si pemuda pun mengizinkan. Dan mulai saat itu Mu’adz mengamati setiap amalan pemuda tersebut.
Malam pertama, ketika Mu’adz bangun untuk tahajud, pemuda tersebut masih terlelap hingga datang waktu shubuh. Pada waktu shubuh, mereka bertilawah. Diamatinya bacaan pemuda tersebut yang masih tidak lancar, dan tidak begitu fasih. Ketika masuk waktu dhuha, Mu’adz bergegas menunaikan solat dhuha, sementara pemuda itu tidak.
Keesokkannya, Mu’adz kembali mengamati amalan pemuda tersebut. Malam tanpa tahajjud, bacaan tilawah tidak lancar dan tidak begitu fasih, serta di pagi harinya tidak solat dhuha. Begitu pun di hari ketiga, amalan pemuda itu masih tetap sama. Bahkan di hari itu Mu’adz shaum sunnah, sedangkan pemuda itu tidak shaum sunnah.
Mu’adz pun semakin hairan dengan ucapan Rasulullah SAW. Tidak ada yang istimewa dari amalan pemuda itu, tetapi Baginda SAW menyebutnya sebagai pemuda ahli Syurga. Hingga Mu’adz pun langsung mengungkapkan kehairanannya pada pemuda itu.
“Wahai Saudaraku, sesungguhnya Rasulullah SAW menyebut-nyebut engkau sebagai pemuda ahli Syurga.
Tetapi setelah aku amati, tidak ada amalan istimewa yang engkau amalkan. Engkau tidak tahajjud, bacaanmu pun tidak begitu fasih, pagi hari pun kau lalui tanpa solat dhuha, bahkan shaum sunnah pun tidak. Lalu amal apa yang engkau miliki sehingga Rasul SAW menyebutmu sebagai ahli surga?”
“Saudaraku, aku memang belum mampu tahajjud.
Bacaanku pun tidak fasih. Aku juga belum mampu solat dhuha. Dan aku pun belum mampu untuk shaum sunnah. Tetapi ketahuilah, sudah beberapa minggu ini aku berusaha untuk menjaga tiga amalan yang baru mampu aku amalkan.”
“Amalan apakah itu?”
“Pertama, aku berusaha untuk tidak menyakiti orang lain. Sekecil apapun, aku berusaha untuk tidak menyinggung perasaan orang lain. Baik itu kepada ibu bapakku, isteri dan anak-anakku, kerabatku, tetanggaku, dan semua orang yang hidup di sekelilingku.
Aku tak ingin mereka tersakiti atau bahkan tersinggung oleh ucapan dan perbuatanku.”
Kisah Pemuda Ahli Syurga itu.
“Subhanallah…kemudian apa?”
“Yang kedua, aku berusaha untuk tidak marah dan memaafkan. Kerana yang aku tahu bahwa Rasullullah tidak suka marah dan mudah memaafkan.”
“Subhanallah…lalu kemudian?”
“Dan yang terakhir, aku
berusaha untuk menjaga tali silaturrahim. Menjalin hubungan baik dengan siapapun. Dan menyambungkan kembali tali silaturrahim yang sudah terputus.”
“Demi Allah…engkau benar-benar ahli Syurga.
Ketiga amalan yang engkau sebut itulah amalan yang paling sulit aku amalkan.”
~Wallahu a’lam. Semoga Memberi Pengajaran Kepada Kita Semua.
#copypaste (al-Fatihah untuk Penulis yang mencoretnya)
 |
Sumber : Uncle Google. Menjaga dan menunaikan hak orang lain itu juga dituntut oleh agama ;-) |
Salam Tarbiah
Ida Hani Ali
01.01.2016