Monday, 21 August 2017

Rasa Syukur Meluaskan Rezeki



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh duhai teman-teman kesayangan.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad.
 
Temanku yang dihormati, belajar syukur lagi dan lagi itu harus dipelajari dari hari ke hari. Agar hati tunduk tanda kehambaan kepada Tuannya.
Momen tahun 2013 ini masih terbayang-bayang di depan mata ibarat wayang kulit lagaknya. “Abang, Sayang nak kerjalah. Duduk rumah bukan dapat gaji ribu-ribu pun,” si isteri mengomel dengan mulut muncung. 
 Tidak cukup itu, bebelannya ditambah lagi, “Orang lain seronok dapat gaji mahal-mahal. Boleh berbelanja ikut suka. Kalau Sayang jadi Pensyarah, paling kurang boleh tambah RM4000 untuk rumah kita.”
 Pada mulanya, si suami diam saja tanpa ambil peduli. Apabila sudah berulang-ulang kali si isteri pot pet pot pet, beliau hanya membalas, “Sayang, kita ni bukan tak cukup makan minum pakai. Tapi kita ni kurang bersyukur, tu rasa hati dan rezeki ni sempit je..”
 Image result for syukur meluaskan rezeki

Errkkk! Daripada asyik merungut terus rasa tersentap ibarat dipanah lembing dan tertusuk ke tangkai jantung. Berhari-hari termangu-mangu dan berbisik-bisik sendirian, ‘Macam mana kesyukuran boleh luaskan hati dan rezeki manusia? Tak boleh bayang apa hubung kaitnya. Apa ‘correlation’nya?’
 Sehinggalah pada suatu hari, pergi menghadiri seminar seorang coach terapi hati. Sepanjang mendengar perkongsian beliau, hampir 90% bercakap tentang bagaimana kita ekpresikan rasa bersyukur. Seolah-olah duduk dalam kelas untuk belajar erti sebuah kesyukuran.
 Hairan bin pelik bin ajaib sungguh!
Antara caranya terletak pada kuasa menulis ‘Jurnal Syukur’ iaitu menyenaraikan setiap perkara yang kita syukuri walau sekecil-kecil hal dengan sepenuh jiwa raga dan penghayatan. Sebaik-baiknya tulis setiap hari dan baca semula bila-bila masa. 
 Image result for jurnal syukur
Misalnya,
1# Alhamdulillah. Syukur ya Allah atas nikmat nafas yang keluar masuk dari rongga badanku.
2# Alhamdulillah. Syukur ya Allah atas nikmat dua biji mata yang sihat dapat melihat.
3# Alhamdulillah. Syukur ya Allah atas nikmat akal fikiran waras dan idea yang deras.  
4# Alhamdulillah. Syukur ya Allah atas nikmat jari-jemari yang menaip kisah ini.      
5# Alhamdulillah. Syukur ya Allah atas nikmat dapat menyembah dan beribadat kepada-Mu.
 Pernah juga ketika masih merungut-rungut, si suami hanya bertanya selamba, “Hari ni dah buat sujud syukur ke belum?” Oh, kena sedas lagi…
Banyak waktu, pesan Nabi SAW ini membuatkan diri seperti ‘diketuk’ sendiri berkali-kali, “Barangsiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (Riwayat Ahmad).
Allah Maha Baik juga mendidik hati mengalunkan doa kesyukuran ini, “Ya Allah, jadikanku selalu mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan bagus dalam beribadah kepada-Mu”.
Andai tak insof lagi, kenanglah kisah Nabi saw yang dah confirm masuk Syurga namun masih tetap bersyukur kepada Allah hingga bengkak-bengkak kaki baginda.
Bahkan, Nabi Sulaiman a.s yang diisytihar kaya raya itu juga berdoa,
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku membuat kebaikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (An-Naml 27 : 19)
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah ya Syakur atas kasih sayang-Mu. Masih nak berkeluh kesah? Malulah kepada-Nya yang memerhatikan kita seperti cctv bergerak 24 jam. 
 Image result for allah ya syakur
 

Ida Hani Ali
21.8.2017
#meminangrezeki dengan bersyukur

Sunday, 20 August 2017

Kaya Jiwa kaya Hati, Rezeki Pasti Bergolek-Golek Senang Sekali



Bismillahirahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad.

Berbicara soal rezeki yang tak akan habis-habis.

Sungguh, benar. Hak dan kuasa Allah menetapkan dan memberikan rezeki-Nya kepada yang Dia suka. Allah juga berhak menyempitkan. Itu kekuasaan-Nya.

Apa pula hak kita sebagai hamba?

Hak kita berusaha sedaya kudrat yang dipinjamkan. Berlumba-lumba menarik dan menjemput rezeki itulah caranya.

Semoga ia menjadi asbab Allah suka dan redha kepada kita, Dia kurniakan apa yang kita pinta. Berlipat kali ganda jumlahnya.

Cuma, dalam usaha mengejar itu dan ini untuk merebut ganjaran yang Allah tawarkan. Sentiasa semak niat, kita beramal untuk besarkan rezeki semata-mata atau nak besarkan Allahu ar-Razzaq al-Wahhab dalam hati?
  Image result for rezeki allah itu luas

Kita akan istiqamah buat amalan-amalan yang mengundang rezeki tanpa wujud pertikaian, 'Kenapa rezeki aku masih cenggini jugak walau aku dah ikut formula yang diajarkan?'

Haaa.. ia akan berkait pula dengan soal IKHLAS ke tak kau beramal kerana Allah Taala? Bab yang ini Allah saja Yang Maha Mengetahui.

Bila mana kita mula hanyut dengan amalan menarik rezeki, kita dah rasa kemanisannya seperti makan strawberi coklat. Kita dah jadi tak kisah dah berapa banyak yang Allah nak bagi.

Yang kita perasan, semuanya CUKUP dan masih mampu untuk menghulur. Subhanallah, MasyaAllah, Alhamdulillah.

Saat itu, perasaan itu melebihi nikmat memiliki berjuta-juta dalam akaun bank.


Bak kata teman sebilik, "Duit juta-juta hanya figure semata. Pandang duit sekadarnya. Tak dak nilai pun kalau bawak depan Allah."

Allahu Allah. Tepuk dahi, sentap sendiri! Itulah namanya, kaya jiwa dan kaya hati. Nabi saw pun dah pesan berkali-kali.

Tuntut kekayaan yang ini dulu, lambat laun kekayaan dunia datang bergolek-golek dengan sendirinya. Insya-Allah.

"Ya Allah Ya Basith, kami memohon Engkau lapangkanlah dan luaskanlah rezeki kami dengan selapang-lapangnya serta seluas-luasnya. Amin ya Rabb!"

Firman Allah swt dalam surah An-Nisa' ayat 10, buat renungan kita semua bagi akal yang mahu berfikir.


Image result for rezeki allah itu luas
 

Ida Hani Ali
20.8.2017
#meminangrezeki dengan kaya jiwa kaya hati

Wednesday, 26 April 2017

Menulis Terapi Minda Positif

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh duhai rakan-rakan yang dikasihi.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi Muhammad.

Dengan pertanyaan demi pertanyaan, ia mengajar kita erti laluan kehidupan yang mana kita mahu jadi yang terbaik daripada semalam.

Apabila ada kenalan hantar mesej di inbox, “Kakak ni kerja apa? Ustazah ke?”

Apabila ada rakan lama menyapa di whatsapp, “Weh, lama tak dengar cerita kau. Kerja apa sekarang? Pensyarah eh!”

Apabila ada sahabat wangi menegur di luar, “Rajin kau berceloteh di FB. Hari-hari aku baca, termotivasi.”
Image result for menulis

Jujurnya bait-bait itu memberi kesan pada jiwa ini. Chewah!

Namun sejenak, merenung luasnya biru lautan. Dan mendongak ke dada langit yang gah terbentang.

Waduh … waduh … dulu tak macam tu pun. Banding-banding post 4, 5 tahun lepas. Sungguh, berbeza sekali.

Pada awal 2014, Allah biaskan hidayah-Nya nan indah.

Tak banyak mana. Namun, impaknya wow (ternganga)!

Perlahan-lahan tulis kata-kata motivasi yang sendiri terinspirasi.

Mula-mula copy paste. Sebaris. Jadi dua baris. Jadi tiga baris.

Kemudian suka-suka bina ayat sendiri. Kadang-kadang memang syok sendiri.

Bermulalah episod cuba istiqamah untuk menulis sedikit demi sedikit di media sosial. Paling kurang setiap hari satu post. Itu pun kadangkala terbiar tanpa post.

Hihi. Busy mak-mak la sangat kan..

Lama-kelamaan, dengan menulis mengajar saya mengutip aura positif. Terapi membuang hal-hal negatif.

Hingga ada ketikanya sendiri menulis, air mata sendiri yang menitis.

Itu baru namanya syok sendiri. Hehe.

Kawan, untuk mengingatkan diri sendiri kadang tak perlu tunggu orang datang ingatkan. Saat terbuat salah, alih-alih Allah datangkan peringatan melalui apa yang pernah kita tuliskan. Menerusi perkataan yang kita kongsikan.

Masa itu, ibarat buah kelapa jatuh ke batang hidung sendiri. Sakit weh!

“Ya Allah ya Muhaimin, lindungi lidah dan mata pena kami agar menuturkan yang baik-baik seperti yang Engkau redha. Amin.” 

Apa pula terapi korang? Meh kongsikan.

Ida Hani Ali
#belajarpositif
Kadang ke laut juga.

26.4.2017

Sunday, 23 April 2017

Pegang Kuat-Kuat Lubuk Rezeki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh teman-teman seperjuangan.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi Muhammad.

Sedikit perkongsian tentang isu rezeki, yang pasti isu ini terus bersifat evergreen sepanjang hayat. Kupasan ini dipetik daripada slot perbincangan melalui corong radio.

Mari kita hayati, fahami dan dalami hinggake akar umbi. Insya-Allah.

Related image
 
"Ustazah, macam mana nak tekun beramal ibadat dalam usaha menarik rezeki?" soal pemanggil kepada seorang pendakwah dalam satu segmen motivasi.

Sambung si pemanggil lagi,

"Ye la Ustazah, dalam zaman sekarang ni, kita terkejar-kejar buat itu buat ini.

Tambah-tambah dengan keadaan ekonomi yang menuntut kita bekerja lebih masa. Buat part time kerja lagi.

Selalunya keluar dari rumah tak nampak matahari. Balik ke rumah pun matahari dah diganti bulan.

Kadang-kadang, amalannya mana yang 'dan' saja. Kalau tak 'dan' memang tak buat la Ustazah."

Panjang lebar individu itu memberi aduan dalam mengharap solusi.

Lalu, tenang-tenang saja Ustazah itu memberi jawapan (diolah mengikut kefahaman saya sendiri).

Mengapa kita - manusia sanggup berkejar-kejaran dalam usaha mencapai matlamat dunia?

Namun untuk sebaliknya iaitu untuk Pemilik dunia, kita lebih pada sifat sambil lewa. 'Dan' buat, kalau tak 'dan' tak buat.

Dalam konteks ini, kita sedar bahawa terlalu banyak yang perlu kita tanggung untuk kos sara hidup hari-hari.

Andai tak kerja kuat, kita dibelenggu berfikir takut miskin, kelaparan, hutang tak berbayar dan sebagainya.

Mengapa tidak dalam situasi sebegini jadikan kita semakin nak dekat pada Sang Pemilik Rezeki.

Beringat untuk kuat bersolat, bertambah helai ngaji Quran, bertambah baca tafsir, istighfar, zikrullah, sedekah, selawat.

Makin ada gusar dalam hati, makin kita nak pegang kuat-kuat tali tempat kita bergantung harap.

Sungguh ...

Mana ada seorang hamba pun yang Allah akan biarkan merempat, tak cukup makan, kalau dia jaga betul-betul lubuk yang memberi rezeki.

Agaknya kenapa?

Sebab Allah swt itu sifatnya;

Maha Kaya - Al Ghaniy.
Maha Pemberi Rezeki - Ar Razzaq.
Maha Pemberi Kurnia - Al Wahhab.
Maha Pemberi Kekayaan - Al Mughniy.


Subhanallah. Allah pasti membela hamba-Nya.

Dengan keyakinan yang kukuh ini, kita akan sentiasa rasa kaya dan cukup. Sedikit pun kita tak takut jatuh miskin.

Justeru ... cipta masa, ruang dan peluang setiap hari untuk beramal soleh.


Wallahualam.

Ida Hani Ali
23.4.2017
#meminangrezeki

Wednesday, 19 April 2017

Kuncinya Solat Dan Doa Yang Khusyuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Satu hari, seorang sahabat bertanya …

“Ida, nak tak tulis tentang kisah-kisah pertolongan Allah pada golongan terdahulu dan golongan terkemudian?”

Jawab saya sepantas kilat, “Macam menarik je!”

Dalam benak berbisik, ‘A'ah, pernah berhajat untuk ulangkaji kisah para Rasul dan para sahabat rhum. Inilah masanya!'

Saat kau berniat untuk menyelongkar semula kisah-kisah pejuang Islam agar dapat raih cinta Allah dan Rasul, nescaya terpacak rasa kagum dalam hati.

Kerana apa?

Apabila menyelami kisah perjuangan dan pengorbanan mereka. Ketahuilah, kentalnya jiwa pejuang-pejuang zaman Nabi dan para sahabat demi menyebarkan syiar Islam yang syumul.

Ternyata, yang jadikan mereka kuat bukan kerana fizikal. Tetapi mereka berusaha atas Iman dan takwa.
Paksinya adalah kalimah syahadah yang tertanam dalam jiwa. Pengharapan yang menjulang-julang tinggi kepada Al-Khaliq.

Hanya solat dan doa dari hati yang khusyuk sebagai alat berhubung dengan-Nya.

Sungguh … ujian mereka lebih dahsyat.

Namun, pasti bantuan Allah tiba tepat pada saatnya seperti hujan lebat yang mencurah-curah. Keyakinan mereka kepada Allah Yang Maha Esa tiada galang gantinya.

Kerana mereka akan tertanya-tanya dan ternanti-nanti andai pertolongan-Nya masih belum kunjung tiba.
Ada terfikir tak bagaimana kita boleh serap keyakinan mereka?

Ya, solusinya berusaha atas Iman dan takwa. Lebih-lebih lagi sebagai umat Nabi Muhammad SAW di akhir zaman ini.

Meskipun tidak berjuang dengan tombak dan pedang, berjuanglah melawan nafsu diri yang bersarang.

Kuncinya masih sama iaitu solat yang khusyuk dan doa yang yakin.

Sejak itu, lembaran #pertolongandarilangit mula dinukil helai demi helai. Alhamdulillah atas izin-Nya jua.


Image may contain: 1 person, text 

Salam Manis
Ida Hani Ali
19.4.2017 

Buku Pertolongan Dari Langit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat kesayangan.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi Muhammad.

Sahabatku,

"Dunia, tempat manusia diuji.

Ujian yang melanda datang dalam pelbagai rupa bentuk.

Kadangkala ia hadir dalam bentuk yang nyata perit dan menyukarkan. Kadangkala pula datang dalam kesenangan yang mengasyikkan.

Saat dilanda dugaan, di manakah lagi tempat meminta pertolongan?

Sesungguhnya, hanya kepada-Nya tempat memohon sebaik-baik pertolongan.

Sejak azali, ujian telah ditetapkan dan pertolongan juga telah dijanjikan.

Tanpa mengira sesiapa, sama ada kekasihnya Rasulullah S.A.W yang dicintai-Nya. Mahupun para sahabat R.HUM, para wali dan solehin juga diuji.

Inikan pula kita hamba biasa.

Namun yakinlah.

Pertolongan dari langit tetap tiba selagi kita percaya bahawa ujian itu datang dari-Nya dan pasti pertolongan-Nya juga sentiasa ada."

Ini merupakan sinopsis naskhah 'Pertolongan Dari Langit' yang dinukilkan oleh Ida Hani Ali (saya sendiri). Buku solo yang pertama. Buku ke-3 daripada 4 buah buku yang diterbit. Alhamdulillah wa syukurillah.

Kawan-kawan doakan, tungguuu siap keluar daripada kilang ya! Belanjer dulu kulit bukunya, insyaAllah ;-)

Image may contain: 1 person, standing and text 

Salam Teruja
Ida Hani Ali
19.4.2017

Sunday, 12 March 2017

Buka Hati Dan Minda Dengan Menikmati Kebesaran Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Temanku, kadang-kadang ...

Kita jauh merantau, pergi sampai ke hujung dunia (kononnya) demi mencari itu ini dan begitu begini.

Jenuh sangat hingga lelah!

Tanpa kita sedar, semua yang kita cari itu sudah terbentang di depan mata.

Cuma, usahakan sedikit lagi, dapatlah kita jawapannya.

Mungkin hanya berbaki setapak saja lagi.

Namun, andai direnung-renung penuh Iman.

Dengan mengembara itulah, kita peroleh sejuta ibrah.

Sejuta pengalaman melihat kebesaran serta kekuasaan Pencipta.

Oleh sebab kembara itulah, Allah temukan kita dengan solusi pada hari ini.

Andai kita tidak berjalan keluar? Bagaimana mungkin semua akan berakhir?

Unik kan Allah tunjukkan kasih sayang-Nya?

 Image result for melihat kebesaran allah dengan alam

Justeru ...

Andai semalam telah tersasar.

DIA tetap setia melimpahkan nikmat hidup yang tidak terhitung jumlahnya.

Andai hari ini berada di jalan benar.

Mohon ampun penuh kesyukuran, itu tanda kita masih dalam perhatian-Nya.

Andai esok masih bernafas segar.

Minta pada-Nya agar kita terus kuat untuk istiqamah sebagai hamba yang berjuang atas tiket dakwah demi redha-Nya.

Mujahadah cinta mendamba Jannah Ilahi tidak semudah berkata-kata.

Teruskan berdoa, beramal dan bertawakal, tiada istilah penat di dunia.

Sungguh Ya Allah, kami mohon keampunan-Mu.
 Related image

Salam Mujahadah
Ida Hani Ali
12.3.2017