Sunday, 20 August 2017

Kaya Jiwa kaya Hati, Rezeki Pasti Bergolek-Golek Senang Sekali



Bismillahirahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad.

Berbicara soal rezeki yang tak akan habis-habis.

Sungguh, benar. Hak dan kuasa Allah menetapkan dan memberikan rezeki-Nya kepada yang Dia suka. Allah juga berhak menyempitkan. Itu kekuasaan-Nya.

Apa pula hak kita sebagai hamba?

Hak kita berusaha sedaya kudrat yang dipinjamkan. Berlumba-lumba menarik dan menjemput rezeki itulah caranya.

Semoga ia menjadi asbab Allah suka dan redha kepada kita, Dia kurniakan apa yang kita pinta. Berlipat kali ganda jumlahnya.

Cuma, dalam usaha mengejar itu dan ini untuk merebut ganjaran yang Allah tawarkan. Sentiasa semak niat, kita beramal untuk besarkan rezeki semata-mata atau nak besarkan Allahu ar-Razzaq al-Wahhab dalam hati?
  Image result for rezeki allah itu luas

Kita akan istiqamah buat amalan-amalan yang mengundang rezeki tanpa wujud pertikaian, 'Kenapa rezeki aku masih cenggini jugak walau aku dah ikut formula yang diajarkan?'

Haaa.. ia akan berkait pula dengan soal IKHLAS ke tak kau beramal kerana Allah Taala? Bab yang ini Allah saja Yang Maha Mengetahui.

Bila mana kita mula hanyut dengan amalan menarik rezeki, kita dah rasa kemanisannya seperti makan strawberi coklat. Kita dah jadi tak kisah dah berapa banyak yang Allah nak bagi.

Yang kita perasan, semuanya CUKUP dan masih mampu untuk menghulur. Subhanallah, MasyaAllah, Alhamdulillah.

Saat itu, perasaan itu melebihi nikmat memiliki berjuta-juta dalam akaun bank.


Bak kata teman sebilik, "Duit juta-juta hanya figure semata. Pandang duit sekadarnya. Tak dak nilai pun kalau bawak depan Allah."

Allahu Allah. Tepuk dahi, sentap sendiri! Itulah namanya, kaya jiwa dan kaya hati. Nabi saw pun dah pesan berkali-kali.

Tuntut kekayaan yang ini dulu, lambat laun kekayaan dunia datang bergolek-golek dengan sendirinya. Insya-Allah.

"Ya Allah Ya Basith, kami memohon Engkau lapangkanlah dan luaskanlah rezeki kami dengan selapang-lapangnya serta seluas-luasnya. Amin ya Rabb!"

Firman Allah swt dalam surah An-Nisa' ayat 10, buat renungan kita semua bagi akal yang mahu berfikir.


Image result for rezeki allah itu luas
 

Ida Hani Ali
20.8.2017
#meminangrezeki dengan kaya jiwa kaya hati

No comments:

Post a Comment