Thursday, 17 March 2016

Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 17.3.2016

Alhamdulillah ya Allah ya Syakur. Sesungguhnya, hidupku matiku ibadahku dan kerjaku semata-mata hanya untuk-Mu, Tuhan semesta alam. Aku bersyukur ya Allah ;-)

1] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat bangun pagi menikmati hidup ini yang seterusnya.
2] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat dapat beribadah kepada-Mu dengan hidayah-Mu.
3] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat berada dalam agama-Mu, Islam yang syumul.
4] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat mataku yang boleh melihat.
5] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat sepasang tangan dan kaki untuk bergerak membuat kerja-kerja.
6] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat boleh menguruskan anak-anak dan suami. Layan mereka, membebel-bebel tapi sayang pada hero-hero tercinta ;-)
7] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat 2 bungkus makanan free yang suami bawa balik dari jamuan di surau.

MasyaAllah! Banyaknya nikmat dan rezeki-Mu. Terima kasih ya Allah.



Salam Syukur
Ida Hani Ali
17.3.2016  

Tips Keluar Dari Ujian yang Menghimpit

Ini kisah beberapa minggu lepas. Suami syurga berjumpa bekas ustaz kami masa bersekolah menengah di Subang Jaya. Saya namakan Ustaz K.
Beliau dijemput sebagai penceramah jemputan dalam program yang dianjurkan oleh persatuan suami.
Ustaz K ini seorang yang gigih. Sebab dalam usianya itu (tak pasti berapa tapi mesti dah jauh meninggalkan kami hehe), masih bertungkus lumus siapkan tesis PhD. Keluarganya besar. Ada 7 orang anak ðŸ˜Š
Sebagai individu yang dah banyak makan asam garam. Banyak tips yang dikongsikan kepada suami. Sebab tuan suami jadi bodyguard beliau sepanjang program.
Satu tips yang dikongsikan kalau kita rasa terhimpit dan tersepit dengan ujian duit. Atau apa-apa ujian sekalipun, satu amalan jangan ditinggalkan. Maksudnya, kena buat juga!
"Baca surah al-Waqiah setiap malam. Setiap malam jangan miss."


Pernah satu situasi, Allah selesaikan ujian Ustaz K dengan RM25K! Macam turun dari langit kan..Dan macam-macam bentuk pertolongan yang tak dapat diceritakan. Speechless mungkin..
Semua orang tau, surah tersebut terkenal sebagai surah kekayaan (Ghaniy). Tapi, orang selalu fikir untuk kaya raya tang duit saja. Realitinya, Allah boleh bagi pelbagai bentuk kekayaan.
Salah satunya, mestilah kaya jiwa. Ujian macamana pun datang bertimpa-timpa, kita mudah syukur, sabar, redha dan akhirnya rasa lapang dada.
Soalnya, betapa tinggi tawajjuh kita kepada Allahussamad? Kalau baca al-Waqiah tanpa rasa, tak jadi juga kawan! Itu sebab sampai bila-bila Allah tak turunkan bantuan..
Jadi jangan tanya, 'Kenapa Allah tak bantu aku?'
Nota : Jom istiqamah amal baca surah al-Waqiah ya kawan-kawan ;-) 

😊
Salam Muhasabah 17.3.2016
‪Ida Hani Ali‬

Programkan Diri Dengan Aura Quran

Salam malam Jumaat sahabat. 
Peringatan di kala waktu pagi. Pagi-pagi dah terus tengok phone. Tapi, Quran dah dibuka ke belum? Dah dibaca?


Tok guru pesan, sebelum subuh atau sejurus lepas subuh terus tatap Quran dulu. Sebab nak serap semangat positif. Sumber terbaik adalah Quran.
Kalamullah. Bait ayat-Nya yang suci dan positif. Mana ada yang negatif. Dah tak perlu ditapis-tapis.
Andai mulakan hari cari semangat di FB misalnya. Masih ada yang negatif. Kalau hati tak kuat, mudah terjebak emosi tak baik. Paling sedih, merebak melarat sepanjang hari.
Solusi, sediakan perisai sejak subuh lagi. Tatap, baca dan hadam motivasi terus dari Allah. InsyaAllah perkara lain Allah pelihara.
Salam Barokah 17.3.2016
Ida Hani Ali

Tuesday, 15 March 2016

Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 15.3.2016

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, banyaknya nikmat-Mu yang Engkau curah-curahkan hingga saat ini. Tak terhitung. Tak terkira. Tak ternilai. Sungguh banyak!

1] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat nyawa ini.
2] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat degupan jantung yang tak pernah berhenti.
3] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat denyutan nadi yang tak pernah gagal.
4] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat hembusan dan sedutan udara yang keluar masuk dalam badan.
5] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat aliran darah dalam pembuluh darah.
6] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat anggota badan yang sempurna dan berfungsi dengan baik.
7] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat makan minum yang sedap-sedap.
8] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat rumah yang luas dan selesa.
9] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat kenderaan yang bergerak.
10] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat beribadah kepada-Mu.
11] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat berkhidmat untuk keluarga.
12] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat seorang suami yang penyayang, bertanggungjawab dan membimbing ke jalan-Mu.
13] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat hero Muhammad Faizin yang semakin bijak dan banyak idea serta sihat wal'afiat.
14] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat hero Muhammad Al Fateh yang semakin ligat dan panjang akal serta sihat wal'afiat.
15] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat keluarga kami yang aman bahagia.
16] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat mak abah, adik beradik dan kaum keluarga yang baik.
17] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat guru-guru yang berjasa.
18] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat rakan-rakan yang positif.
19] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat idea dan ilham penulisan yang turun menpcurah-curah ibarat air hujan membasahi bumi.
20] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat jari jemari yang bergerak-gerak menaip bait-bait karya penulisanku.
21] Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat petunjuk, hidayah dan kasih sayang-Mu tanpa henti.

Syukur Ya Allah Ya Syakur. Segala puji hanya layak buat-Mu Yang Maha Esa.

Salam Syukur
Ida Hani Ali
15.3.2016

  


Surah Al-Fath Motivasi Terpantas

Assalamualaikum wbt semua. 

Sebulan tak menjengah di sini. Allahu Rabbi. Ya Allah, berilah kecukupan waktu yang Engkau redhai. 

Kawan-kawan, sedikit perkongsian. Ada orang hari nya indah belaka. Ada orang hari nya caca merba.

S : Macamana nak dapat motivasi terpantas?

J : Al-Quran. Paling best setiap pagi sebelum buat apa-apa baca dan hayati surah al-Fath. Fokus ayat 4 dan 7. Ini janji Allah SWT.

"Dia lah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambahkan keimanan di atas keimanan mereka yang telah ada. Dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Ayat 4)

Dan Allah ulang pada ayat ke 7.

"Dan milik Allah bala tentera langit dan bumi. Dan Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."

Terjemahan (bala tentera langit dan bumi) --> Penolong yang dijadikan oleh Allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat, haiwan-haiwan, ribut taufan dan sebagainya.

Sumber : Tafsir al-Quran terbitan Karya Bestari, mukasurat 511.


Apa jua situasi hidup, serahkan kepada Dia. Bantuan-Nya pasti tiba!

Salam Motivasi
Ida Hani Ali
15.3.2016