Monday, 21 August 2017

Rasa Syukur Meluaskan Rezeki



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh duhai teman-teman kesayangan.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad.
 
Temanku yang dihormati, belajar syukur lagi dan lagi itu harus dipelajari dari hari ke hari. Agar hati tunduk tanda kehambaan kepada Tuannya.
Momen tahun 2013 ini masih terbayang-bayang di depan mata ibarat wayang kulit lagaknya. “Abang, Sayang nak kerjalah. Duduk rumah bukan dapat gaji ribu-ribu pun,” si isteri mengomel dengan mulut muncung. 
 Tidak cukup itu, bebelannya ditambah lagi, “Orang lain seronok dapat gaji mahal-mahal. Boleh berbelanja ikut suka. Kalau Sayang jadi Pensyarah, paling kurang boleh tambah RM4000 untuk rumah kita.”
 Pada mulanya, si suami diam saja tanpa ambil peduli. Apabila sudah berulang-ulang kali si isteri pot pet pot pet, beliau hanya membalas, “Sayang, kita ni bukan tak cukup makan minum pakai. Tapi kita ni kurang bersyukur, tu rasa hati dan rezeki ni sempit je..”
 Image result for syukur meluaskan rezeki

Errkkk! Daripada asyik merungut terus rasa tersentap ibarat dipanah lembing dan tertusuk ke tangkai jantung. Berhari-hari termangu-mangu dan berbisik-bisik sendirian, ‘Macam mana kesyukuran boleh luaskan hati dan rezeki manusia? Tak boleh bayang apa hubung kaitnya. Apa ‘correlation’nya?’
 Sehinggalah pada suatu hari, pergi menghadiri seminar seorang coach terapi hati. Sepanjang mendengar perkongsian beliau, hampir 90% bercakap tentang bagaimana kita ekpresikan rasa bersyukur. Seolah-olah duduk dalam kelas untuk belajar erti sebuah kesyukuran.
 Hairan bin pelik bin ajaib sungguh!
Antara caranya terletak pada kuasa menulis ‘Jurnal Syukur’ iaitu menyenaraikan setiap perkara yang kita syukuri walau sekecil-kecil hal dengan sepenuh jiwa raga dan penghayatan. Sebaik-baiknya tulis setiap hari dan baca semula bila-bila masa. 
 Image result for jurnal syukur
Misalnya,
1# Alhamdulillah. Syukur ya Allah atas nikmat nafas yang keluar masuk dari rongga badanku.
2# Alhamdulillah. Syukur ya Allah atas nikmat dua biji mata yang sihat dapat melihat.
3# Alhamdulillah. Syukur ya Allah atas nikmat akal fikiran waras dan idea yang deras.  
4# Alhamdulillah. Syukur ya Allah atas nikmat jari-jemari yang menaip kisah ini.      
5# Alhamdulillah. Syukur ya Allah atas nikmat dapat menyembah dan beribadat kepada-Mu.
 Pernah juga ketika masih merungut-rungut, si suami hanya bertanya selamba, “Hari ni dah buat sujud syukur ke belum?” Oh, kena sedas lagi…
Banyak waktu, pesan Nabi SAW ini membuatkan diri seperti ‘diketuk’ sendiri berkali-kali, “Barangsiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (Riwayat Ahmad).
Allah Maha Baik juga mendidik hati mengalunkan doa kesyukuran ini, “Ya Allah, jadikanku selalu mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan bagus dalam beribadah kepada-Mu”.
Andai tak insof lagi, kenanglah kisah Nabi saw yang dah confirm masuk Syurga namun masih tetap bersyukur kepada Allah hingga bengkak-bengkak kaki baginda.
Bahkan, Nabi Sulaiman a.s yang diisytihar kaya raya itu juga berdoa,
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku membuat kebaikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (An-Naml 27 : 19)
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah ya Syakur atas kasih sayang-Mu. Masih nak berkeluh kesah? Malulah kepada-Nya yang memerhatikan kita seperti cctv bergerak 24 jam. 
 Image result for allah ya syakur
 

Ida Hani Ali
21.8.2017
#meminangrezeki dengan bersyukur

Sunday, 20 August 2017

Kaya Jiwa kaya Hati, Rezeki Pasti Bergolek-Golek Senang Sekali



Bismillahirahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad.

Berbicara soal rezeki yang tak akan habis-habis.

Sungguh, benar. Hak dan kuasa Allah menetapkan dan memberikan rezeki-Nya kepada yang Dia suka. Allah juga berhak menyempitkan. Itu kekuasaan-Nya.

Apa pula hak kita sebagai hamba?

Hak kita berusaha sedaya kudrat yang dipinjamkan. Berlumba-lumba menarik dan menjemput rezeki itulah caranya.

Semoga ia menjadi asbab Allah suka dan redha kepada kita, Dia kurniakan apa yang kita pinta. Berlipat kali ganda jumlahnya.

Cuma, dalam usaha mengejar itu dan ini untuk merebut ganjaran yang Allah tawarkan. Sentiasa semak niat, kita beramal untuk besarkan rezeki semata-mata atau nak besarkan Allahu ar-Razzaq al-Wahhab dalam hati?
  Image result for rezeki allah itu luas

Kita akan istiqamah buat amalan-amalan yang mengundang rezeki tanpa wujud pertikaian, 'Kenapa rezeki aku masih cenggini jugak walau aku dah ikut formula yang diajarkan?'

Haaa.. ia akan berkait pula dengan soal IKHLAS ke tak kau beramal kerana Allah Taala? Bab yang ini Allah saja Yang Maha Mengetahui.

Bila mana kita mula hanyut dengan amalan menarik rezeki, kita dah rasa kemanisannya seperti makan strawberi coklat. Kita dah jadi tak kisah dah berapa banyak yang Allah nak bagi.

Yang kita perasan, semuanya CUKUP dan masih mampu untuk menghulur. Subhanallah, MasyaAllah, Alhamdulillah.

Saat itu, perasaan itu melebihi nikmat memiliki berjuta-juta dalam akaun bank.


Bak kata teman sebilik, "Duit juta-juta hanya figure semata. Pandang duit sekadarnya. Tak dak nilai pun kalau bawak depan Allah."

Allahu Allah. Tepuk dahi, sentap sendiri! Itulah namanya, kaya jiwa dan kaya hati. Nabi saw pun dah pesan berkali-kali.

Tuntut kekayaan yang ini dulu, lambat laun kekayaan dunia datang bergolek-golek dengan sendirinya. Insya-Allah.

"Ya Allah Ya Basith, kami memohon Engkau lapangkanlah dan luaskanlah rezeki kami dengan selapang-lapangnya serta seluas-luasnya. Amin ya Rabb!"

Firman Allah swt dalam surah An-Nisa' ayat 10, buat renungan kita semua bagi akal yang mahu berfikir.


Image result for rezeki allah itu luas
 

Ida Hani Ali
20.8.2017
#meminangrezeki dengan kaya jiwa kaya hati