Thursday, 11 February 2016

Gerak Hati Dan Redha

Bismillah.

'Ya Allah, layakkah aku?'

Kanta mata kasar akan menjawab 'tidak'. Namun, kanta mata hati menjawab 'mengapa tidak'.

Lantas, ikutlah gerak hati yang terlintas. 

Setiap kejadian ciptaan Tuhan, ada sebab yang dibentangkan. Bukanlah sesuatu yang sia-sia. Jika kita mahu memikirkan keEsaan-Nya. 

Mungkin bukan hari ini hikmah diperolehi. Mungkin juga beberapa tahun akan datang. 

Terimalah hakikat bahawa setiap makhluk harus memaknai dan merasai hidup berTuhan.

Tuhan yang Satu, Allah SWT.

Redha. Dan bersedia menerima keputusan Allah sebagai amanah yang harus dibereskan.

'Ya Allah, berikan ku petunjuk-Mu'.

Salam Sayang
Ida Hani Ali
11.2.2016


Tuesday, 9 February 2016

Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 9.2.2016

Bismillah 

1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat hidup ini.

2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kesihatan untuk beribadah.

3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat suami yang bertanggungjawab.

4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat hero-hero yang semakin bijak.

5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat hero-hero yang semakin sihat dari demam selsema.

6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat dapat masak dan makan bersama-sama dengan keluarga.

7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat makanan dan minuman yang sedap-sedap.

8] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat membaca lembaran kalam suci-Mu.

9] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat istighfar, zikir dan selawat untuk mengingati-Mu.

10] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat setiap satu anggota badan yang berfungsi dengan baik.

Syukur ya Allah. Terima kasih atas kasih sayang-Mu :)



Salam Syukur
Ida Hani Ali
9.2.2016

Mulakan Hari Ini

Teman-teman,
Andai tidak bermula hari ini, bila lagi mahu mulakan? 
Bila lagi ingin belajar jatuh dan bangun?
Bila lagi mahu belajar buat silap?

Teman-teman,
Mulakanlah.
Walau bermula dengan kosong.
Walau bermula dengan tiada apa-apa. 
Walau orang memperlekeh usaha kita. 
Walau ada pihak mengkritik kita.
Teruskan saja.
Teruskan...
Teruskan...

Bangkitlah.
Usahakan sesuatu.
Agar hasilnya akan tiba apabila sampai waktu.

Salam Kejayaan 
Ida Hani Ali
9.2.2016


Monday, 8 February 2016

Jagalah Allah, Allah Pasti Menjagamu

Assalamualaikum wbt.

"Perbaiki hubunganmu dengan Allah, nescaya Allah perbaiki hidupmu dan menjaga segala urusanmu."

Pada asalnya, mungkin kita buat perkara baik untuk tarik rezeki. Minta supaya rezeki melimpah ruah. Bayangkan, kita buat setiap hari. 

Hingga lama-lama jadi terbiasa. Bila tak buat, rasa sesuatu kepelikan. Sampai satu tahap, kita buat memang sebab nak buat sangat. Dah tak kisah sangat niat nak tarik rezeki. Ia jadi rutin yang tak boleh ditinggalkan.

Ha, masa ni, tunggulah. Macam-macam rezeki masuk tanpa diduga dan diminta. Macam-macam perkara best menyerbu masuk dalam hidup kita. Ada saja Allah nak bagi. Ada saja hadiah Allah nak kirimkan. 

Membuatkan kita kelu tanpa bicara. Allahu...baiknya Allah kan? Nikmat yang mana satu lagi ingin didustakan?

Alhamdulillah. Syukur selalu 😍



Salam Sayang
Ida Hani Ali
8.2.2016

Sunday, 7 February 2016

Cipta Kejayaan Bermula Dari Zero

Teringat pesan seorang sahabat merangkap customer yang order buku. Pesannya begini,

"Kalau nak berjaya, jangan malu tonjolkan diri kita siapa. Kalau malu, macamana nak berjaya? Mungkin kita bermula dengan produk orang. Lama-lama keluarlah produk sendiri."

Hari ini, saya menyaksikan banyak peristiwa. Sama ada dari diri sendiri mahupun rakan kenalan. Ya betul, ia benar-benar terjadi. Bermulalah walau dari zero 😊 Moga Allah perkenankan. Amin.


Selamat malam sahabat Syurga!

Salam Kejayaan
Ida Hani Ali
7.2.2016

Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 7.2.2016

Bismillah.


1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat mata yang celik.

2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat bangun dari mati yang seketika.

3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat nadi dan nyawa.

4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat nafas yang disedut dan dihembus.

5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat udara yang nyaman.

6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat cahaya mentari yang bersinar.

7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat Iman dan Islam.

8] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat Ilmu dan Amal.

9] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat perut yang kenyang.

10] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat suami dan anak2 yang dikasihi.

Syukur ya Allah ya Syakur!

Salam Syukur
Ida Hani Ali
7.2.2016


Tuesday, 2 February 2016

Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 2.2.2016

Bismillah.

1] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat nyawa hingga saat ini.

2] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat Iman dan Islam.

3] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas mata yang melihat.

4] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat telinga yang mendengar.

5] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat hidung yang menghidu.

6] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat mulut yang bercakap.

7] Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat anak2 yang semakin beransur sihat.

Syukur ya Allah. Alhamdulillah terima kasih atas kasih sayang-Mu :-)

Salam Syukur
Ida Hani Ali 
2.2.2016


Tips Lonjakkan Sales Bisnes

Nota ini adalah hasil perkongsian dari Puan Reni bt Rahmat di laman FB. Semoga bermanfaat untuk kita semua.



******************************

Checklist - Check dan Adjust

Kita orang berniaga.
Ada kala sales kencang maut.
Ada kala sales semput.
Mahu salah siapa?

+ Marketing dah buat separuh nyawa.
+ Kelas dah berhabis ribuan ringgit. Masuk kelas sini, masuk kelas sana.
+ Tindakan dah sehabis kudrat. Kalau orang lain tidur 8jam, kita tidur 2 jam je.
+ Duit dah banyak lebur. Segala strategi, teknik, tips sudah di gunakan.

Semangat mula luntur.

Nanti dulu!

Tinggalkan semangat yang berbaki.
Ini bukan pengakhiran hidup.
Mungkin ada perkara basic lain yang kita terlepas pandang.

+ Akibat seronok dan teruja berniaga, solat sering kita abaikan. Dengar sahaja azan, tangan kita masih mengulit kerja-kerja yang tidak berkesudahan.

Sedangkan janji Allah,

"Jaga AKU, pasti AKU jaga urusan kamu"

Beberapa petikan saya terbaca di dalam buku "mudahnya menjemput rezeki".

Tentang seorang yang bekerja menyusun batu, apabila tiba batu terakhir untuk di susun, azan berkumandang. Lantas beliau letakkan batu terakhir tersebut dan bergegas menunaikan solat.

Ini antara ayat-ayat yang terus menusuk ke dalam hati di dalam buku tersebut.

"Jika saya menghabiskan batu terakhir tersebut, ini bermaksud saya memBESARKAN batu tersebut bukan memBESARKAN Allah"

--- PAUSE ---

Apabila ralit berniaga, terkadang kita terleka.

Kita kata Allah first. Tapi perbuatan kita, Allah last.

Pengajarannya Allah berikan sales yang slow.
Tapi kita masih pura-pura tidak nampak.
Mencari mana silap yang mahu di betulkan.
Hingga terlupa mahu betulkan diri sendiri.

Itu lah kita.
Manusia yang pendosa,
Yang sering bergantung harap pada manusia.
Pada tools. Pada strategi. Pada tips dan trick.

Sedangkan Allah dah tunjuk,
Sebaik-baik strategi marketing adalah strategi marketing dengan AKU.

+ Solat awal waktu
+ Bersedekah
+ Menjaga keharmonian hubungan sesama manusia
+ Dhuha
+ Tahajjud
+ Taubat

Muhasabah.
Itu sebaik-baik tindakan.

#notadiri

******************************

Salam Berniaga
Ida Hani Ali
2.2.2016

Pilihan Di Tangan Sendiri

Assalamualaikum wbt semua :-)

Sahabat,

Dalam hidup manusia, pelbagai peristiwa yang terjadi dan ditempuhi. Ia terbina atas dasar kesenangan, kepayahan, kedukaan dan kegembiraan. Bercampur gaul dengan sejuta perasaan. 

Diwarnai dengan kehadiran ibu ayah, pasangan, anak2, guru2, kawan2, malah musuh dan lawan. Kukuh atau rapuh hidup ini bergantung pada akidah, pegangan, kefahaman dan sistem kepercayaan.

Justeru, kehidupan yang bagaimana yang kita mahukan? Adakah ingin berakhir di dunia sahaja atau ingin kekal bahagia untuk di bawa ke kampung akhirat?

Koreksi diri..



Salam Muhasabah 
Ida Hani Ali
2.2.2016